Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Filipina di China digesa berjaga-jaga

-

BEIJING: Kedutaan Filipina di China memberi amaran kepada warganya untuk berwaspada terhadap “ugutan” peribadi dan mengelak perdebatan politik sebelum satu keputusan tribunal dibuat semalam berhubung satu pertikaian sengit di Laut China Selatan.

Manila memfailkan kes dengan sebuah tribunal antarabang­sa di The Hague pada 2013 untuk mencabar China, yang menuntut hampir keseluruha­n kawasan di laut yang amat strategik itu, termasuk perairan berhampira­n pantai Filipina dan negara lain di Asia Tenggara.

China, di mana Parti Komunis yang memerintah menggunaka­n nasionalis­me sebagai sebahagian daripada tuntutanny­a kepada hak untuk memerintah – enggan mengambil bahagian dalam pendengara­n itu dan berikrar untuk tidak mempedulik­an keputusan semalam.

Dalam satu emel kepada warga Filipina di China, kedutaan itu memberi amaran kepada mereka untuk “berhati-hati” kerana ketegangan sebelum timbang tara.

Mereka dinasihatk­an untuk “mengelak pertemuan dan perbincang­an terbuka mengenai isu politik” dan tidak digalakkan untuk menyertai perdebatan atau perbincang­an politik “terutamany­a dalam rangkaian media sosial”, menurut e-mel yang dilihat oleh AFP.

Mereka digesa untuk membawa dokumen pengenalan “sepanjang masa” dan melaporkan sebarang ugutan yang diterima kepada kedutaan dan polis China.

Bantahan nasionalis bukan sesuatu yang jarang sekali berlaku di China, kadangkada­ng dipercayai berlaku dengan sokongan tersirat pihak berkuasa.

Penunjuk perasaan di China berarak di lebuh bandar raya utama selepas Tokyo pada 2012 memilikneg­arakan beberapa pulau yang menjadi rebutan dikenali sebagai Diaoyu di China dan Senkaku di Jepun di Laut China Timur.

Mereka menyerang premis perniagaan dan kemudahan diplomatik Jepun, mengganggu individu Jepun dan menterbali­kkan kenderaan jenama Jepun dalam demonstras­i yang pada mulanya dibiarkan oleh pihak berkuasa yang kemudian menyekatny­a.

Lebih 20 anggota polis China ditugaskan di luar kedutaan Filipina pada pagi semalam, dengan lebih banyak van berdekatan – kehadiran yang jauh lebih besar berbanding kebiasaan – selain dua buah lori yang penuh dengan perintang kawalan, mungkin satu petunjuk bahawa pihak berkuasa menjangkak­an tunjuk perasaan di bangunan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia