Utusan Borneo (Sabah)

19 mangsa dagangan manusia diselamat

-

YANGON: Seramai 19 mangsa pemerdagan­gan manusia dari Myanmar telah diselamatk­an di Thailand, kata media kerajaan dan sebuah kumpulan aktivis semalam, satu kejayaan kepolisan yang jarang sekali berlaku ke atas rangkaian jenayah yang mendominas­i wilayah berkenaan.

Kumpulan tersebut dijumpai oleh polis Thai dalam keadaan dikurung dalam sebuah kapal ikan yang mengibarka­n bendera Indonesia di perairan pantai daerah Pattani, selatan Thailand pada Ahad lepas, Global New Light of Myanmar yang diurus oleh kerajaan melaporkan.

Serbuan dilancarka­n selepas keluarga beberapa orang yang berada di atas kapal itu berjaya memaklumka­n Persatuan Myanmar di Thailand, sebuah kumpulan sokongan tempatan, mengenai nasib mereka.

Pengarah persatuan itu Kyaw Thaung memberitah­u bahawa mangsa, ada yang semuda 13 tahun, tertarik dengan janji kerja di Bangkok tetapi sebaliknya mendapati diri mereka dikurung dalam kapal ikan itu.

“Pasukan polis menyerbu kapal ikan berkenaan yang menuju ke Indonesia dan menjumpai 19 pekerja Burma yang sudah 10 hari dikurung,” katanya.

Seorang broker Burma ditangkap di lokasi serbuan, tambahnya.

Polis Thai tidak menjawab permintaan bagi membuat kenyataan tetapi sumber di bahagian pemerdagan­gan manusia polis Myanmar di Naypyidaw mengesahka­n serbuan itu menyelamat­kan 19 warga.

Tertarikde­ngantawara­ngaji lebih besar, jutaan penduduk miskin Myanmar di Thailand, selalunya dalam industri yang tidak dikawal di mana mereka biasa berdepan eksploitas­i dan penderaan oleh majikan yang tidak beretika.

Negara itu sudah lama menjadi hab pemerdagan­gan manusia, dibantu pegawai yang bersubahat dalam dagangan yang menggerunk­an tetapi lumayan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia