Utusan Borneo (Sabah)

Firma penyelidik­an yakin terhadap saham SapuraKenc­ana dengan penamatan kontrak

-

KUALA LUMPUR: Majoriti firma penyelidik­an yakin terhadap saham SapuraKenc­ana Petroleum Bhd (SAKP) dengan berita penamatan kontrak Berantai Risk Service Contract (RSC) kelmarin.

Anak syarikat milik penuh SAKP, Sapura Energy Ventures Sdn Bhd dan Kencana Energy Sdn Bhd, bersamasam­a dengan rakan kongsi, Petrofac Energy Developmen­ts Sdn Bhd, telah mengumumka­n penamatan bersama Berantai RSC dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Public Investment Bank berkata penamatan RSC itu akan berkuat kuasa pada 30 September 2016, dengan modal tertunggak dan perbelanja­an operasi akan dibayar balik pada Jun 2017.

RSC telah ditandatan­gani pada 31 Dis 2011 untuk pembanguna­n dan pengeluara­n petroleum dari lapangan Berantai, di luar pantai Semenanjun­g Malaysia, kata firma penyelidik­an itu.

Sementara itu, Maybank IB Research melihat penamatan Berantai RSC sebagai positif.

“SAKP akan menerima secara sekaligus bayaran pendahulua­n penuh dalam tahun kewangan 2018, dianggarka­n RM1.6 bilion, dan ini berguna untuk mengurangk­an hutang dan menguruska­n aliran tunai dengan lebih berkesan,” katanya.

Public Investment Bank memberi saranan ‘outperform’ terhadap saham SAKP dengan harga sasaran 12 bulan pada RM1.90, dengan Maybank IB Research mengekalka­n saranan ‘beli’ ke atas saham SAKP dengan harga sasaran RM1.60.

Sementara itu, Affin Hwang Capital mengekalka­n saranan ‘pegang’ dengan harga sasaran RM1.36, manakala Alliance DBS Research menyaranka­n beli dengan harga sasaran RM1.20.

Kenanga Research pula membuat saranan ‘market perform’ terhadap SAKP dengan harga sasaran dinaikkan kepada RM1.48 bagi syarikat minyak dan gas itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia