Utusan Borneo (Sabah)

Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian Malaysia naik 2.7 peratus pada Mei

-

KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian (IPP) Malaysia meningkat pada kadar lebih perlahan, sebanyak 2.7 peratus pada Mei tahun ini berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, dengan sektor pembuatan dan elektrik mencatatka­n pertumbuha­n, menurut Jabatan Perangkaan.

Dalam satu kenyataan semalam, jabatan itu menyatakan indeks elektrik naik 9.6 peratus dan indeks pembuatan berkembang 3.6 peratus, manakala indeks perlombong­an susut 1.1 peratus.

IPP pada April kekal sebanyak 3.0 peratus tahun ke tahun.

“Dalam terma pelarasan musim, IPP pada Mei 2016 meningkat sebanyak 0.9 peratus bulan ke bulan berikutan peningkata­n dalam indeks perlombong­an pada 1.3 peratus dan indeks pembuatan 0.4 peratus,” katanya.

Sementara itu, indeks elektrik mencatatka­n penurunan sebanyak 0.8 peratus.

Berasaskan tahun ke tahun, output sektor pembuatan terus meningkat sebanyak 3.6 peratus pada Mei 2016 selepas mencatatka­n peningkata­n sebanyak 3.3 peratus pada April 2016, katanya.

“Subsektor utama yang merekodkan pertumbu- han pada Mei 2016 ialah produk peralatan elektrik dan elektronik (8.3 peratus), produk petroleum, kimia, getah dan plastik (5.1 peratus) dan produk mineral bukan logam, logam asas dan produk

logam yang direka (5.8 peratus).

Menurut jabatan itu lagi, output sektor perlombong­an turun sebanyak 1.1 peratus pada bulan dalam kajian berbanding bulan yang sama 2015 disebabkan oleh penurunan sebanyak 5.2 peratus dalam indeks minyak mentah.

Sektor elektrik meningkat lebih kukuh sebanyak 9.6 peratus pada Mei 2016 selepas mencatatka­n pertumbuha­n 9.4 peratus pada April 2016.

Bagi tempoh Januari-Mei 2016, IPP Malaysia berkembang 3.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, disebabkan oleh kenaikan dalam indeks pembuatan ( 3.9 peratus) dan indeks elektrik ( 9.0 peratus).

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, jabatan itu berkata nilai jualan sektor pembuatan pada Mei 2016 mencatatka­n peningkata­n sebanyak 2.0 peratus (RM1.0 bilion) kepada RM51.8 bilion daripada RM50.8 bilion tahun sebelumnya.

Menurut jabatan itu, jumlah pekerja sektor pembua- tan pada Mei 2016 ialah seramai 1.024 juta, turun sebanyak 0.3 peratus atau 2,744 orang daripada 1.027 juta pada Mei 2015.

“Jumlah gaji dan upah yang dibayar pada Mei 2016 meningkat 4.1 peratus (RM120.7 juta) kepada RM3.058 bilion manakala produktivi­ti meningkat 2.3 peratus kepada RM50,578 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia