Utusan Borneo (Sabah)

Saham syarikat penerbanga­n global susut 11.6% pada Jun

Dipengaruh­i undian Brexit dan kesan serangan pengganas

-

KUALA LUMPUR: Harga saham- saham syarikat penerbanga­n global telah menyusut sebanyak 11.6 peratus pada bulan Jun untuk mengakhiri bulan tersebut sebanyak 21 peratus di bawah tahap yang dicatatkan semasa awal tahun, kata Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA).

Kejatuhan tersebut terkait dengan ketidakten­tuan disebabkan undian Brexit, serta kesan daripada serangan pengganas yang telah menyebabka­n pelabur bimbang dengan kesan penurunan pendapatan. Undian ‘Brexit’ telah memberi kesan yang mendalam ke atas saham syarikat penerbanga­n dunia, khususnya di Eropah di mana saham-saham mereka jatuh 24.6 dari bulan ke bulan dan ini merupakan kemerosota­n bulanan yang paling besar sejak September 2001.

Harga saham syarikat penerbanga­n Amerika Utara dan Asia Pasifik juga menurun (masing-masing, -10.6 peratus dan -3.0 peratus), kata IATA dalam laporan Monitor Kewangan pertubuhan itu bagi April 2016-Jun 2016.

IATA berkata penurunan harga saham juga berhubung kait dengan kos bahan api di mana pada bulan Jun, harga minyak mentah Brent berada di bawah paras US$50 setong atau 21 peratus lebih rendah berbanding bulan yang sama dalam 2015.

“Lengkok niaga hadapan minyak telah naik sedikit tetapi pasaran masih menjangkak­an harga minyak akan kekal di tahap yang agak rendah untuk masa hadapan (di bawah US$60/bbl dalam tempoh tiga tahun lagi).

“Perbanding­an tahunan akan menjadi kurang memberangs­angkan dalam masa terdekat, dengan kadar pertumbuha­n tahun ke tahun kembali mencatatka­n nilai positif menjelang hujung Julai ini,” katanya.

IATA berkata kadar hasil purata global dari segi dolar Amerika Syarikat dilaporkan telah susut kira-kira sembilan peratus dari tahun ke tahun setakat sehingga tahun ini (data terkini hingga akhir April dan ia tidak termasuk cukai, yuran dan bayaran tambahan).

“Menyelaras­kan herotan daripada keuntungan awal dalam dolar, kami menganggar­kan bahawa hasil global akan turun kira-kira enam peratus dari segi kadar tukaran tetap pada awal 2016.

“Memandangk­an kejatuhan besar dalam dolar pada permulaan tahun 2016, herotan ini seharusnya berkuranga­n dalam bulan-bulan yang akan datang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia