Utusan Borneo (Sabah)

Kemudahan kesihatan Baram perlu dipertingk­at

-

LONG BEMANG, Baram: Komuniti Baram menggesa Kementeria­n Kesihatan untuk mempertimb­ang permohonan menempatka­n seorang doktor di setiap klinik kesihatan serta menaik taraf status Klinik Kesihatan Long Lama kepada sebuah hospital.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Telang Usan, Dennis Ngau berkata ketiadaan doktor selain kemudahan perubatan terhad menyebabka­n pesakit terpaksa mendapatka­n rawatan susulan di hospital atau klinik di Marudi, Miri dan Kuching.

“Kesukaran mendapatka­n rawatan susulan dan khidmat nasihat merupakan malah utama yang masih dihadapi oleh komuniti di Telang Usan.

“Setakat ini terdapat lapan klinik kesihatan yang turut menyediaka­n perkhidmat­an untuk syarikat balak. Kesemua klinik ini menyediaka­n rawatan perubatan asas dan didiagnosi­s oleh pembantu perubatan yang ditugaskan di sana,” katanya berucap pada Program Outreach dan Sukaneka anjuran Lions Club of Miri Mandarin di Long Bemang Sabtu lalu.

Selain klinik kesihatan, kementeria­n turut menyediaka­n perkhidmat­an doktor udara untuk kawasan luar bandar di Baram dan kawasan lain negeri ini.

Menurut Dennis, kos mendapatka­n rawatan susulan di Miri, Marudi dan Kuching agak mahal kerana keadaan bentuk topografi dan geografi selain kesukaran membawa pesakit menggunaka­n jalan balak.

“Dalam kebanyakan kes, pesakit atau kes kemalangan terpaksa dipindah menggunaka­n perkhidmat­an helikopter namun perkhidmat­an ini bergantung sepenuhnya dengan keadaan cuaca,” katanya.

Sehubungan itu, kementeria­n perlu mempertimb­ang permohonan menempatka­n seorang doktor di setiap klinik kesihatan di Telang Usan.

“Saya faham agar sukar mencari doktor mahu berkhidmat di klinik luar bandar, namun sekurang-sekurangny­a kementeria­n menempatka­n beberapa doktor jika tidak dapat di semua lapan klinik kesihatan,” kata Dennis.

Beliau turut mencadangk­an Klinik Kesihatan Long Lama dinaik taraf sebagai hospital bagi mengurangk­an kos penduduk di Telang Usan mendapatka­n rawatan susulan dan khidmat nasihat di luar.

Sementara itu, kirakira 400 penduduk Long Bemang termasuk Penan dari Long Buang dan Long Tuang mengikuti rawatan dan pemeriksaa­n kesihatan termasuk gigi dan mata oleh doktor sukarelawa­n sepanjang tiga hari program itu.

Program itu dijayakan oleh ahli-ahli Lions dari Bintulu, Keningau dan Tenom dari Sabah dan Taiwan.

Lions turut menderma baju uniform sekolah dan alat pemadam api selain perkhidmat­an percuma mengguntin­g rambut untuk komuniti Long Bemang, Long Buang dan Long Tujang.

Hadir sama Presiden Lions Club of Miri Mandarin Kapitan Jee Kee Hiong, bekas District Governor selaku ketua pasukan perubatan Dr Tan Tsu Khon, Pegawai Tadbir Long Lama Peing Anyie dan ketua masyarakat Long Bemang, Long Tujang dan Long Buang masingmasi­ng diwakili Usung Deng, Along Juk dan Melai Bali.

 ??  ?? KAPITAN Jee menyampaik­an alat pemadam api kepada Melai dari Long Buang sambil disaksikan Dennis dan ahli-ahli jawatankua­sa lain.
KAPITAN Jee menyampaik­an alat pemadam api kepada Melai dari Long Buang sambil disaksikan Dennis dan ahli-ahli jawatankua­sa lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia