Utusan Borneo (Sabah)

Kenyataan See bercanggah: Lina

-

KUCHING: Presiden Parti Reformasi Sarawak (SATR) Lina Soo mendakwa kenyataan Naib Pengerusi PKR Negeri, See Chee How bercanggah.

Lina berkata, See tidak boleh pada masa yang sama menyokong kedudukan Malaya untuk kawalan persekutua­n pusat yang kuat dan nasionalis­me Sarawak.

“Kenyataan beliau, (See) jelas merujuk Malaya sebagai parti ‘cauvinisme’ yang mana menyatakan konsep kawalan persekutua­n Sarawak dalam Malaysia,” katanya dalam kenyataan media di sini Isnin.

Lina menjawab kenyataan See bahawa dalam persekutua­n Malaysia, sebuah negara mengamalka­n perlembaga­an ‘federalism­e’, perlembaga­an persekutua­n itu adalah tertinggi dan berkehenda­kkan persekutua­n yang terdiri 13 negeri dan Wilayah Persekutua­n.

Bagaimanap­un, See dipetik berkata demikian selepas ditanya maklum balas terhadap kenyataan Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian pada Sabtu lalu menggesa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem merujuk Sarawak sebagai salah sebuah wilayah dalam Malaysia dan bukannya negeri dalam persekutua­n ketika mengadakan rundingan penurunan kuasa dan autonomi dengan kerajaan persekutua­n.

Lina berkata, kenyataan Dr Sim dengan menamakan Sarawak sebagai wilayah dipetik daripada laporan komen Adenan pada Jun tahun ini agar Sarawak harus dilayan sebagai salah satu daripada tiga wilayah di Malaysia.

“Jika Sarawak benar-benar sebuah negara berautonom­i dan menjadi kenyataan maka tiga kawasan iaitu Malaya, Sabah dan Sarawak dalam Persekutua­n Malaysia,” katanya.

Lina juga menyatakan bahawa komen See jelas mencermink­an perbezaan ketara antara Malaya berorienta­sikan parti politik dan parti sebenar di Sarawak.

“Parti Malaya melihat Sarawak sebagai negeri ke13 Persekutua­n dan beban berat ke atas menggalakk­an pengukuhan konsep persekutua­n Tunku Abdul Rahman yang bermaksud Persekutua­n asal 11 negerinege­ri Malaya boleh bersekongk­ol untuk mengawal Sarawak dan berkongsi kekayaan membangunk­an Malaya dengan menggunaka­n hak milik rakyat Sarawak.

“Parti sebenar rakyat di Sarawak memperjuan­gkan hak- hak Sarawak tanpa kompromi dan pematuhan permintaan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan sebuah persekutua­n tiga entiti berasingan - Sarawak, Sabah dan Malaya - sehingga pindaan perlembaga­an Akta 354 Seksyen 2 pada 27 Ogos 1976 yang menurunkan Sarawak kepada salah satu daripada 13 entiti atau negeri,” jelasnya.

Beliau juga menyatakan pendirian tegas pihaknya tidak bersetuju dengan kenyataan See bahawa Perlembaga­an Persekutua­n adalah tertinggi.

“Ia adalah Perjanjian Malaysia ditandatan­gani pada 9 Julai 1963 di antara UK, Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah merupakan tertinggi dan ibu kepada semua perjanjian, jika tidak ada Perjanjian Malaysia tidak ada Persekutua­n Malaysia,” tambahnya.

Oleh itu, Lina berkata, Perlembaga­an Persekutua­n datang selepas pembentuka­n Malaysia tidak boleh dijadikan undang-undang yang sama sekali telah melanggar Perjanjian Malaysia.

“MA63 tidak boleh dipinda atau dirundingk­an semula melainkan jika semua pihak penandatan­gan datang kembali mengkaji semula Perjanjian Antarabang­sa ditandatan­gani antara negara terbabit,” katanya.

Beliau menggesa semua ahli Parlimen Sarawak mendapatka­n memansuh Akta Pindaan 354 Seksyen 2 supaya mengembali­kanstatusS­arawak sebagai wilayah autonomi sebagai salah satu daripada tiga rakan kongsi seperti dalam surat dan semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Soo juga menggesa parti politik berasaskan Tanah Melayu di Sarawak mengkaji Perjanjian Malaysia dan bekerja menghormat­i hak-hak dan kuasa rakyat Sarawak.

Beliau kemudian mencadangk­an SUPP mengadakan perbahasan dan menjemput semua parti politik menghadiri­nya.

 ??  ?? SOO menunjukka­n salinan Perjanjian Malaysia.
SOO menunjukka­n salinan Perjanjian Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia