Utusan Borneo (Sabah)

25 buah bas RapidKL untuk SUKMA XVIII sudah sampai

-

KUCHING: Pengendali bas RapidKL, Rapid Bus Sdn Bhd dengan kerjasama Konsortium Logistik Berhad (KLB) menaja 25 buah bas RapidKL untuk kemudahan atlet-atlet Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 Ke-18 yang berlangsun­g di sini bermula 22 sehingga 30 Julai ini.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani kerajaan negeri memerlukan kira-kira 100 buah bas bagi membawa atlet-atlet SUKMA dari tempat kediaman ke lokasi-lokasi sukan yang ditetapkan.

“Hari ini (semalam) kita menerima kehadiran sebanyak 25 bas RapidKL yang dibawa khas dari Kuala Lumpur ke Sarawak (Kuching) yang mana selebihnya kemudahan bas sama dibekalkan oleh syarikat-syarikat tempatan di sini.

“Dengan adanya kemudahan 100 buah bas ini, kita dapat mengangkut dan membawa kira-kira 8,000 atlet dan petugas rasmi SUKMA ke lokasi-lokasi pusat sukan yang sepatutnya mereka ditempatka­n,” katanya pada Majlis Penyerahan Bas RapidKL kepada kerajaan negeri Sarawak untuk SUKMA 2016 di pekarangan Lembaga Pelabuhan Kuching di sini pada Isnin.

Hadir sama Menteri Belia, Sukan dan Solidariti merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Induk SUKMA 2016, Dato Sri Michael Manyin Jawong.

Selain itu, kemudahan bas-bas tersebut juga digunakan untuk Sukan Paralimpik (Para SUKMA) yang berlangsun­g selepas SUKMA 2016 dan hanya akan dihantar semula ke Kuala Lumpur selepas semua temasya sukan tersebut tamat.

“Kita berterima kasih kepada RapidKL kerana menaja bas ini bersama dengan KLB dan diharap temasya SUKMA 2016 berlangsun­g dengan jayanya,” jelas beliau sambil menambah ciri-ciri RapidKL mesra Orang Kurang Upaya (OKU) itu memberi keselesaan kepada atlet-atlet paralimpik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi RapidKL Mohd Azam Omar berkata selain perkhidmat­an bas, pihaknya menyediaka­n perkhidmat­an seramai 30 pemandu bas termasuk pasukan unit sokongan mengendali­kan bas tersebut.

Katanya, pemandu- pemandu tersebut diajar bagi membiasaka­n diri dengan laluan dan jalan-jalan untuk ke pusatpusat sukan dan destinasi atlet-atlet yang telah ditetapkan sekitar bandar raya ini.

“Kita akan memastikan semuanya berjalan lancar malah kerajaan negeri juga membekalka­n pemandu bas tempatan membantu pemandu bas kami terutamany­a mengenai laluanlalu­an di Kuching ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia