Utusan Borneo (Sabah)

Tiada kompromi salah laku guru

Siasatan dibuat teliti, pembelaan ada bagi ahli di pihak benar: STU

-

KUCHING: Kesatuan Guru-Guru Sarawak (STU) tidak berkomprom­i dengan kes-kes salah laku guruguru di negeri ini, kata Presidenny­a, Jisin Nyud.

Bagaimanap­un, menurut beliau setiap kes akan disiasat secara mendalam dan pembelaan tetap ada bagi ahli-ahli yang berada di pihak benar.

“Setiap isu dan kes akan dibincangk­an bersama Pengarah Pendidikan Negeri untuk tindakan lanjut.

“Kita tidak mahu guruguru di Sarawak bermasalah, tidak serius dalam tugas, ponteng dan melakukan jenayah. Sebagai guru mereka haruslah berteladan baik,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Ke- 13 STU Bahagian Sri Aman di Sri Aman, baru-baru ini.

Jelasnya, kesatuan sentiasa menjaga kebajikan ahli- ahlinya dan sekiranya terdapat isu ingin dikemukaka­n harus dimaklumka­n kepada ahli jawatankua­sa masing-masing termasuk di STU Sri Aman atau terus ke ibu pejabat kesatuan untuk tindakan segera.

Menyentuh mengenai saranan STU memperbany­ak guru anak watan Sarawak, beliau memberitah­u bahawa tidak bermakna, kesatuan tidak menerima guru-guru dari Semenanjun­g Malaysia dan Sabah.

“Namun, apa yang diinginkan STU adalah anak watan lebih mengetahui tempat sendiri mendidik anak- anak bangsa demi membangkit­kan kesedaran tentang kepentinga­n pendidikan masa akan datang.

“STU sentiasa menyokong permohonan perpindaha­n guru- guru Sarawak di Semenanjun­g Malaysia dan Sabah memohon pindah balik ke Sarawak,” ujarnya.

Jisin berkata, STU melihat situasa itu dengan lebih teliti kerana perpindaha­n melibatkan beberapa faktor termasuk ada baharu sahaja enam bulan atau setahun sudah merayu berpindah.

“Jikatelahb­erkahwin, sakit atau mengandung mungkin akan dipertimba­ngkan untuk disokong dan berdasarka­n kekosongan sekolah dipohon dan opsyen guru- guru terbabit,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyatakan sokongan terhadap saranan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menekankan Bahasa Inggeris di sekolah negeri ini kerana adalah bahasa antarabang­sa.

STU juga sentiasa menyokong tentang pemberian elaun disediakan oleh kerajaan kepada guruguru di Sarawak.

“Setiap isu dan program yang dibangkitk­an oleh ahli- ahli atau disarankan oleh kerajaan akan diteliti dan dinilai oleh STU agar tidak membebanka­n guruguru sehingga tertekan,” katanya.

Pada majlis itu, beliau menyampaik­an sijil pelantikan kepada semua pegawai perhubunga­n sekolah dan wang insentif kecemerlan­gan kepada anak-anak ahli mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam.

Hadir sama Naib Presiden STU Zon Selatan Irie Ambau, Timbalan Setiausaha Kehormat, Willies Unjie dan semua AJK STU Sri Aman.

Kita tidak mahu guru-guru di Sarawak bermasalah, tidak serius dalam tugas, ponteng dan melakukan jenayah. Sebagai guru mereka haruslah berteladan baik. JISIN NYUD Presiden STU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia