Utusan Borneo (Sabah)

Korporat diseru bantu bangun kemudahan sukan

-

SIBU: Syarikat-syarikat swasta dan korporat diminta membantu kerajaan membangunk­an kemudahan sukan di negeri ini.

Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Dato Sri Micheal Manyin Jawong berkata tanggungja­wab membangunk­an kemudahan sukan sering diletakkan kepada bahu kerajaan.

“Sukan selama ini banyak bergantung dengan kerajaan, di mana kos penyediaan kemudahan atau infrastruk­tur sukan adalah sangat tinggi.

“Lebih- lebih lagi penganjura­n Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-18 Sarawak 2016 yang menyingkap saingan pada 22 Julai ini, kerajaan membelanja­kan hampir RM400 juta untuk kemudahan infrastruk­tur dan tambahan RM50 juta untuk mengetenga­hkannya,” kata beliau.

Manyin berkata demikian pada sidang media selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri ( Dr) Adenan Satem merasmikan Stadium Tertutup Bola Tampar Sibu di Taman Rejang di sini pada Isnin.

Bagaimanap­un, katanya kini semakin banyak syarikat multinasio­nal atau swasta bersamasam­a membantu kerajaan membangunk­an fasaliti sukan di negeri ini.

Sehubungan itu, dana tambahan daripada Prudential Assurance Malaysia Bhd sebanyak RM3 juta untuk pembinaan Stadium Tertutup Bola Tampar Sibu tersebut harus diambil contoh oleh syarikat-syarikat lain.

Menurut Manyin, Stadium Tertutup Bola Tampar Sibu menelan kos pembinaan sejumlah RM10 juta dan dana adalah daripada syarikatsy­arikat swasta di sini.

“Kerajaan hanya membantu dalam jumlah yang sedikit iaitu RM700,000 menyediaka­n peralatan sukan” ujarnya.

Beliau berkata, pasukan bola tampar Sarawak diyakini mampu meraih pingat emas selepas pelbagai pendedahan diberikan kepada mereka.

“Kita yakin mereka mampu meriah pingat emas, lebih-lebih lagi pasukan wanita kerana sebelum ini mereka banyak memenangi pelbagai kejohanan bola tampar,” katanya.

 ??  ?? MANYIN (kiri) melakukan perasmian Stadium Tertutup Bola Tampar Sibu sementara yang lain melihat sama.
MANYIN (kiri) melakukan perasmian Stadium Tertutup Bola Tampar Sibu sementara yang lain melihat sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia