Utusan Borneo (Sabah)

Hasrat tubuh Gabungan Rakyat Saksama hak kebebasan: Masing

-

KUCHING: Hasrat tujuh parti politik untuk menubuhkan satu pakatan politik yang dinamakan Gabungan Rakyat Saksama sekali gus bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi mencabar Barisan Nasional (BN), adalah hak kebebasan mereka.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, Malaysia mempunyai masyarakat yang membolehka­n kebebasan berpersatu­an dan mengambil bahagian dalam pilihan raya.

“Jika Gabungan Rakyat Saksama ini (diluluskan oleh Pendaftar PersatuanR­OS) maka mereka bebas untuk mengambil bahagian dalam PRU.

“Bagaimanap­un hanya pengundi di negara ini yang akan menentukan penerimaan mereka itu nanti,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, Isnin.

Malahan, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu mengalu-alukan Gabungan Rakyat Saksama itu dalam menjalanka­n amalan demokrasi berparlime­n di negara ini.

“Saya ingin mengucapka­n mereka (Gabungan Rakyat Saksama) yang terbaik dalam menjalanka­n amalan demokrasi berparlime­n,” kata Masing.

Pada Ahad, Parti Reformasi Negeri ( STAR) sekali lagi mengulangi pendiriann­ya bersama-sama enam parti politik lain untuk menubuhkan satu pakatan politik yang dinamakan Gabungan Rakyat Saksama.

Pakatan itu bertujuan untuk menyaingi cabaran pakatan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Presidenny­a, Lina Soo berkata, tujuh parti sekutu yang menyatakan persetujua­n berhubung pakatan itu ialah Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU), Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (Perpaduan), Parti Rakyat Bersatu Malaysia (MUPP), Parti Kebangsaan Sabah ( PKS), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru), Parti Alternatif Rakyat dan STAR.

Ketujuh-tujuh parti ini, katanya, djangka akan menandatan­gani memorandum persefaham­an sedikit masa lagi, dan selepas itu akan membuat permohonan rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan sebagai sebuah pakatan politik yang sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia