Utusan Borneo (Sabah)

Umno Tawau masih kukuh

Tiada anggota keluar parti, kata Tawfiq

-

TAWAU: Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata UMNO di bahagian itu masih kukuh dan tiada sebarang borang keluar parti diterima sejak bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal keluar parti barubaru ini.

Tawfiq berkata pihaknya percaya anggota parti di kawasan itu masih memberikan keyakinan yang tinggi terhadap kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

“Setakat ini, kita juga difahamkan bahawa manamana bahagian (UMNO) lain di Sabah belum menerima sebarang borang keluar parti oleh anggota yang banyak didakwa bertindak demikian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri­nya di sini, kelmarin.

Tawfiq yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata dakwaan kononnya 600 anggota UMNO Bahagian Batu Sapi keluar UMNO telah dinafikan ketuanya, Datuk Samsudin Yahya.

“Ia hanya melibatkan sebilangan kecil. Saya difahamkan ramai yang hadir pada majlis itu tapi mereka telah dikenal pasti bukan ahli UMNO dan kalau ada ahli UMNO pun, ia cawangan yang digantung atas pelbagai faktor antaranya ketua cawangan muflis atau tak cukup korum,” katanya.

Sementara itu, Tawfiq menasihatk­an semua anggota UMNO di negeri ini agar tidak terpedaya oleh emosi individu tertentu yang menderita akibat kesalahan diri sendiri.

“Yang perlu diberi perhatian adalah fokus kepada pembanguna­n negeri dan membela nasib rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya. - Bernama

 ??  ?? TAWFIQ bersama Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Gapur Salleh dengan tetamu yang lain.
TAWFIQ bersama Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Gapur Salleh dengan tetamu yang lain.
 ??  ?? KELUARGA Tawfiq.
KELUARGA Tawfiq.
 ??  ?? NIZAM menyambut tetamu yang hadir.
NIZAM menyambut tetamu yang hadir.
 ??  ?? TAWFIQ bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abbas Syed Ali bersama tetamu yang lain.
TAWFIQ bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abbas Syed Ali bersama tetamu yang lain.
 ??  ?? TAWFIQ bersalaman dengan OCPD Tawau.
TAWFIQ bersalaman dengan OCPD Tawau.
 ??  ?? TAWFIQ melayan tetamu di majlis itu.
TAWFIQ melayan tetamu di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia