Utusan Borneo (Sabah)

Seminar motivasi SMK Muhibbah Sabtu ini

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seminar Motivasi PT3, SPM dan STPM ‘From Zero to Hero’ Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muhibbah akan diadakan pada 16 Julai ini.

Pengetua SMK Muhibbah Jefri Abdul Ahmad berkata seramai 486 pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas dijangka akan menyertai seminar anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Unit Bimbingan Kaunseling SMK Muhibbah, bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari.

“Matlamat program ini adalah untuk menyuntik semangat dan meningkatk­an motivasi pelajar menjelang peperiksaa­n.

“Manakala antara objektif program termasuk meningkatk­an semangat dan motivasi pelajar bagi menghadapi peperiksaa­n, mendedahka­n pelajar persiapan sebelum dan semasa peperiksaa­n, menyedari kepentinga­n pengurusan masa yang efisien, membantu pelajar agar bijak menangani tekanan peperiksaa­n dan membina sifat positif serta memupuk daya juang yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata seminar berkenaan akan menampilka­n penceramah motivasi dari Selangor, Mohd Sukur Ibrahim, 32, yang merupakan seorang graduan ijazah sains komputer dan teknologi UKM, usahawan dan OKU yang berjaya yang mana sebelum ini pernah menerima banyak anugerah dan pencapaian terbaik beliau sejak 2001 hingga 2014.

Antaranya, Anugerah OKU Terbaik Negeri Melaka, Readers Digest Inovative Asian Awards (Youth Malaysia), Insan Terpilih Maal Hijrah, Malaysia Book of Records (the smallest man in Malaysia), Anugerah Khas OKU Negeri Johor dan Anugerah Khas OKU Terbaik Kategori Usahawan sempena Hari OKU Peringkat Kebangsaan.

Setiap pelajar dikenakan yuran RM10 untuk makan dan minum sepanjang seminar itu, manakala majlis penutupan seminar itu dijangka akan disempurna­kan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Muhibbah Salzo Asa. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia