Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Hijau juara keseluruha­n

Sukan Tahunan Tadika Minda ke-11

-

LABUAN: Sukan Tahunan Tadika Minda Labuan kali ke-11 telah diadakan sebelum cuti sekolah bertempat di Pusat Kokurikulu­m Jabatan Pendidikan Labuan.

Acara yang dilangsung­kan begitu meriah itu mendapat sambutan serta komitmen yang amat menggalakk­an daripada ibu bapa dan murid.

Sukan tahunan pada tahun ini dimulakan dengan perbarisan kontinjen antara rumah sukan iaitu Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau.

Ia disusuli dengan bacaan ikral oleh Elvis Liew dan persembaha­n aerobik serta pom-pom daripada muridmurid cilik Tadika Minda.

Penyampaia­n cenderahat­i kepada setiap wakil rumah sukan dilakukan oleh Guru Besar Tadika Minda Rachael Ng.

Sebanyak 11 acara dipertandi­ngkan yang dibahagika­n kepada dua kumpulan, iaitu Kumpulan A bagi murid- murid berumur 4 tahun dan Kumpulan B mu- rid-murid 5 dan 6 tahun.

Antara acara yang dijalankan ialah lari individu, lari berganti-ganti, lompat dalam karung, tarik tali, bean bag, ikat kaki, dan sebagainya.

Acara dimulai dengan meriah di mana setiap rumah sukan bertanding mempertaru­hkan kekuatan masing-masing.

Selain itu, acara untuk ibu bapa juga dipertandi­ngkan di mana didahului dengan acara menari sambil berdiri di atas surat khabar dan tarik tali.

Acara tarik tali dan lari berganti- ganti dimenangi oleh Rumah Hijau, manakala lompat dalam karung disandang oleh Rumah Biru.

Bagi acara keseluruha­n tahun ini, johan disandang oleh Rumah Hijau, tempat kedua Rumah Biru dan ketiga Rumah Kuning. Pasukan dan peserta yang berjaya menerima hadiah berupa medal yang di sampaikan oleh Rachael.

Sementara itu, murid-murid Tadika Minda Labuan turut dibawa melawat ke panggung wayang yang terdapat di Labuan.

Program bermula dari jam 8.30 sehingga 10.30 dan bertujuan menyeronok dan menggembir­akan muridmurid sebelum cuti sekolah.

 ??  ?? PARA ibu bapa merakamkan kenangan bersama tenaga pengajar dan murid-murid Tadika Minda.
PARA ibu bapa merakamkan kenangan bersama tenaga pengajar dan murid-murid Tadika Minda.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N aerobik daripada murid murid Tadika Minda.
PERSEMBAHA­N aerobik daripada murid murid Tadika Minda.
 ??  ?? PASUKAN Rumah Hijau dalam acara tarik tali.
PASUKAN Rumah Hijau dalam acara tarik tali.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N pom-pom daripada murid murid Tadika Minda.
PERSEMBAHA­N pom-pom daripada murid murid Tadika Minda.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia