Utusan Borneo (Sabah)

Portugal mulakan pesta kejuaraan di Lisbon

-

LISBON, Portugal: Selepas malam sambutan kegembiraa­n kejuaraan Eropah yang diketuai Cristiano Ronaldo, pasukan bola sepak Portugal kembali ke tanahair dan mendapat sambutan wiraselepa­s mencipta kejutan dengan menewaskan pasukan tuan rumah di final Euro 2016.

Puluhan ribu penyokong membanjiri jalan-jalan di Lisbon sambil mengibar bendera kebangsaan untuk meraikan kemenangan bersejarah di Stade de France Ahad lepas.

Ronaldo, yang diusung keluar pada awal permainan kerana kecederaan, memeluk trofi kejuaraan pada penerbanga­n istimewa pasukan ke Portugal.

Dua trak bomba menyembur air dengan warna hijau dan merah ketika pesawat berhenti di terminal lapangan terbang.

“Kami belum tidur dengan secukupnya, ini adalah kemenangan pertama kami dan kami harus berada di sini,” kata seorang penyokong, Antonio Ribeiro de Magalhaes.

Pemain terbaik perlawanan akhir itu, Pepe, membawa trofi ke bas bertingkat terbuka bertulis ‘Juara’ untuk perarakan kemenangan.

“Kami memasuki buku sejarah Portugal, terima kasih di atas segala-galanya,” kata Ronaldo kepada penyokong.

“Kejuaraan ini tidak menyelesai­kan masalah kami tetapi sekurang- kurangnya memberikan sedikit kegembiraa­n,” kata Lucia Antunes, seorang penganggur berusia 41 tahun ketika bercakap tentang krisis ekonomi negara itu.

“Ini adalah sesuatu yang hanya berlaku sekali dalam seumur hidup,” tambah beliau.

Pasukan kemudian bertemu dengan Presiden Portugal, Marcelo Rebelo de Sousa, dengan Ronaldo mengangkat trofi di beranda istana presiden.

“Anda yang terbaik di Eropah!” kata ketua kerajaan ketika memberitah­u pasukan dan memberikan mereka pingat penghargaa­n.

“Anda telah memberikan satu contoh dengan mencapai kemenangan menerusi keberanian, keazaman dan rendah diri,” tambah beliau.

Pasukan kebangsaan Perancis juga bertemu dengan pemimpin tertinggi negara tetapi dengan senario berbeza apabila Presiden Perancis, Francois Hollande mengadakan majlis makan tengahari rasmi di istana negara.

Rancangan perarakan kejuaraan bas bertingkat terbuka di Paris bagaimanap­un dihantar semula ke pangkalan ketika pengurusan bola sepak Perancis mula mencari punca kekalahan pasukan.

Kedua- dua negara tidak mempercaya­i keputusan perlawanan.

Impian Portugal untuk menjulang trofi kejuaraan bermula dengan kekecewaan apabila Ronaldo, kapten yang juga harapan utama pasukan, mengalami kecederaan selepas dikasari Dimitri Payet.

Selepas menerima dua rawatan dan cuba kembali beraksi, Ronaldo akhirnya terpaksa dikeluarka­n dan tidak dapat menahan sebak kerana merasakan beliau telah mengecewak­an negaranya.

“Ia bukan final yang saya mahukan tetapi akhirnya saya berasa sangat gembira. Ia trofi untuk semua rakyat Portugal, semua pendatang, semua orang yang percaya dengan kami, jadi saya benar- benar gembira dan sangat bangga,” kata Ronaldo. Keme

nan- gan boleh dilihat penebus kekecewaan buat Portugal selepas tewas di final Euro 2004 kepada Greece, di tanahair mereka sendiri.

Media sukan Portugal memuji pasukan dengan tajuk utama termasuk ‘Epik’, ‘Abadi’ dan ‘Kebanggaan Portugal’.

Jurulatih Portugal, Fernando Santos dan pemain lain memberi pujian kepada peranan Ronaldo ketika menggesa pasukan untuk tidak mengalah.

Ronaldo kembali dari rawatan dengan lututnya berbalut dan berjalan terhincut-hincut pada akhir 90 minit perlawanan untuk memberikan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya – menyebabka­n pengguna media sosial berkata beliau cuba untuk menjadi jurulatih.

Eder, yang bermain untuk kelab Lille di Perancis dan penjaring gol kemenangan Portugal, juga berkata: “Beliau (Ronaldo) memberitah­u bahawa saya akan menjaringk­an gol kemenangan. Beliau memberikan saya kekuatan dan tenaga positif.”

Portugal bertahan dengan cukup kental dan melakukan serangan secara mengejut tanpa Ronaldo.

Selepas 109 minit permainan, Eder melepasi kawalan Laurent Koscienly sebelum merembat dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Portugal, Hugo Lloris.

Kejohanan, yang dibesarkan kepada 24 pasukan buat kali pertama, menyaksika­n beberapa kejutan tetapi tiada banyak aksi klasik. Dan Lloris juga membangkit­kan persoalan tentang cara kemenangan Portugal.

Beliau menggambar­kan Perancis sebagai ‘tidak bernasib baik’ dan “kita boleh sentiasa mempertika­ikan tentang cara mereka bermain tetapi ia bagaimanap­un berkesan dan anda harus mengucapka­n tahniah kepada mereka”.

Perancis memulakan final sebagai pilihan utama selepas menewaskan Jerman 2-0 pada perlawanan separuh akhir di mana Antoine Griezmann menjaringk­an dua gol – sekali gus menjadi penjaring terbanyak kejohanan dan juga pemain terbaik kejohanan.

Perancis memburu kemenangan untuk apa yang Hollande panggil satu proses pemulihan selepas serangan pengganas 13 November di Paris yang meragut 130 nyawa.

“Kekecewaan itu ada dan ia adalah sangat besar sekali,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps. “Kami melepaskan peluang terbesar untuk menjadi juara.”

Perancis membelanja­kan 450 juta euro untuk menyediaka­n 10 stadium untuk Euro 2016, yang mungkin merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh sebuah negara. Euro 2020, edisi ke-16 kejohanan, akan dianjurkan di 13 bandar raya di seluruh Eropah, dari Azerbai- jan sehingga k e Wales. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? RONALDO (tengah) mengangkat trofi kejuaraan sambil ditemani Nani, Santos dan rakan sepasukan ketika berangkat pulang meninggalk­an kem pasukan di Marcoussis, Perancis pada Isnin lepas.
— Gambar AFP RONALDO (tengah) mengangkat trofi kejuaraan sambil ditemani Nani, Santos dan rakan sepasukan ketika berangkat pulang meninggalk­an kem pasukan di Marcoussis, Perancis pada Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia