Utusan Borneo (Sabah)

Jemputan TKC medan pertarunga­n jaguh snuker

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kejohanan Snuker Jemputan The Kinabalu Club ( TKC) Kali Kesembilan di premis TKC pada 21-28 Ogos bakal menjadi medan pertarunga­n jaguh-jaguh sukan itu di negeri ini.

“TKC menganjur dan mempromosi­kan snuker di negeri ini setiap tahun. Ini menjadikan kelab kami menjadi pusat kecemerlan­gan snuker di negeri ini,” kata pengerusi TKC, John P. Math dalam satu sidang media di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kejohanan itu menjanjika­n pertarunga­n sengit dan menarik kerana ia disertai pemain-pemain handalan negeri ini.

Berada dalam senarai teratas penyertaan berkenaan adalah pemain kebangsaan Sabah yang juga juara bertahan, Sheldon Senagang.

Dua pemain terbaik pool iaitu pemain ranking pertama negara Ibrahim Amir dan pemain muda berbakat Mohd Almie Mohd Yakup juga dijangka akan mengambil bahagian untuk memberi cabaran.

“Ramai peserta luar daerah seperti Tawau, Sandakan, Kudat, Beaufort dan Kota Belud dan lain- lain daerah negeri ini juga akan mengambil bahagian.

“Tahun lalu kami menerima 64 penyertaan dan berharap akan mendapat respon sama tahun ini,” katanya.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n RM7,000 di mana juara akan menerima RM2,500 dan kedua RM1,200.

Dua pemain yang tewas di separuh akhir pula masingmasi­ng menerima RM500 manakala pemain yang tewas di suku akhir menerima RM250.

Turut disediakan adalah hadiah wang tunai RM500 untuk Highest Break dengan minima kutipan 70 mata dan RM800 untuk Highest Century Break.

Atas ehsan pengerusi penganjur Francis Ng, pemain yang mencatat Highest Centruy Break akan mendapat tambahan RM1,000. Francis juga menyumbang­kan semua trofi kejohanan.

Sambil itu, setiausaha penganjur Nealson Low mengingatk­an agar pemain memakai pakaian dan kasut sesuai khas untuk permainan itu.

Katanya, pemain yang gagal mematuhi etika berpakaian akan dibatalkan penyertaan mereka.

Kejohanan itu terbuka kepada pemain Sabah atau warga negara Malaysia yang telah menetap di negeri ini sekurang-kurangnya dua tahun.

Yuran penyertaan adalah RM50 kecuali pe- main berusia 18 tahun ke bawah yang tidak akan dikenakan sebarang yuran.

Untuk keterangan lanjut diminta menghubung­i TKC (tel: 088-239410 atau fax: 088225075), HK Ng (016-8378777), Nelson ( 019- 8206023) atau Patrick Ng (0138710086).

 ??  ?? JUARA bertahan, Sheldon (enam dari kiri) bersama John (empat dari kiri) dan pengurus jawatankua­sa TKC serta ahli jawatankua­s penganjur semasa sidang media di TKC baru-baru ini.
JUARA bertahan, Sheldon (enam dari kiri) bersama John (empat dari kiri) dan pengurus jawatankua­sa TKC serta ahli jawatankua­s penganjur semasa sidang media di TKC baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia