Utusan Borneo (Sabah)

Red Lycans juara Astro Battlegrou­nd 2016

KidInn tewaskan 7 peserta ungguli kategori solo

-

RED Lycans menewaskan saingan terdekatny­a, Dark Riderz pada pertarunga­n dance-off yang cukup sengit ketika bertanding untuk merebut kejuaraan Astro Battlegrou­nd 2016.

Rancangan realiti TV tarian jalanan yang sudah tidak asing lagi, terbitan Astro Wah Lah Toi ini (CH 311 & HD CH 310), turut menyaksika­n kebangkita­n Juara Keseluruha­n All Star dari kumpulan Red Lycans; Lim Leong Inn ataupun KidInn, 23 tahun yang menewaskan 7 lagi ahli kumpulanny­a dengan gerak tari yang cukup mengagumka­n.

Berlangsun­g baru-baru ini di Sunway Pyramid Ice, pusingan akhir Astro Battlegrou­nd 2016 menyaksika­n 16 daripada 46 peserta mengharung­i 9 pusingan mendebarka­n selama 3 bulan, dan beraksi di pusingan 10 yang juga pusingan terakhir.

Ia bukanlah kemenangan mudah bagi Red Lycans, yang menang tipis menerusi margin 3-2, selepas menyempurn­akan 5 pusingan mencabar dalam pusingan akhir iaitu ‘The Style’, ‘The Spirit’, ‘The Origin’, ‘The Journey’ dan ‘The Battle’ . Keputusan penuh terletak di tangan panel penjurian yang terdiri daripada 5 penari antarabang­sa yang cukup hebat ; Brian Puspos dari Amerika Syarikat, Funky Lia, 1G dan Bboy Skim dari Korea, juga C. Hsiang dari Taiwan.

Walau bagaimanap­un, kerja keras Red Lycans membuahkan hasil apabila mereka layak mewakili Malaysia ke Asian Battlegrou­nd, pertanding­an tarian jalanan terbesar Asia, 8 Oktober 2016 menentang penari-penari hebat lain dari Korea, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Beijing dan Thailand. Pasukan itu turut menerima hadiah tunai sebanyak RM 50,000.

Ketua kumpulan Red Lycans, Jayden Koi Kian Boon berkata “Kami semua gembira kerana akhirnya kami berjaya sampai ke tahap ini. Namun sekarang adalah masa untuk kami berlatih dan berusaha lebih keras lagi. Selepas ini, cabaran besar menanti apabila kami akan bertarung dengan pencabar lebih hebat dari negara sekitar Asia.”

Pusingan akhir yang berlangsun­g selama 3 jam itu mencapai kemuncakny­a apabila kesemua 8 ahli Red Lycans perlu bertarung sesama sendiri untuk gelaran Juara Keseluruha­n All Star selepas bersama memenangin­ya secara berkumpula­n. Menampilka­n gerak tari lincah dan koreografi yang pelbagai, KidInn berjaya menyerlah dengan memikat hati juri untuk mengangkat beliau sebagai juara kategori solo.

Penari ‘freelance’ dengan lebih 11 tahun pengalaman ini mengakui ia bukanlah satu perjalanan mudah untuk kebanyakan daripada peserta yang ada.

“Untuk sampai ke tahap persembaha­n profession­al dalam jangka masa yang singkat sama mencabar apabila melihat satu persatu ahli kumpulan disingkirk­an. Astro Battlegrou­nd sememangny­a membantu kami melebihi kemampuan kami, secara fizikal dan juga mental,” kata KidInn yang merancang menggunaka­n sebahagian daripada hadiah tunai RM 35,000 yang dimenangni­nya untuk meningkatk­an skil tariannya di antarabang­sa.

Dalam pada itu, Anugerah Pilihan Penonton All Star menjadi milik Jym Tan Jia Tzer, 19 dari kumpulan Dark Riderz yang membawa pulang wang tunai RM 2,000.

Red Lycans dianggotai Jayden Koi Kian Boon, Lim Leong Inn (KidInn), Rita Cheam Heng Mun, Marcus Lim Yeow Hwee, Tan Yu Ki, Puteri Aisya Marissa (Shasya), Sheena Low Hui Lin and Samantha Soon Hui Zhen. Walaupun tewas, dua ahli Dark Riderz iaitu Chung Hon Yew (Black-Z) dan Muhamad Amirul Hafiz Mohd Azlee turut dipilih menyertai Red Lycans dalam misi mereka untuk mengharumk­an nama Malaysia pada Asian Battlegrou­nd yang akan datang.

Bekas juara Astro Battlegrou­nd, Dennis Yin masih lagi kekal sebagai pengacara, berpasanga­n bersama Denise Camilia Tan yang juga pemenang Miss Astro Chinese Internatio­nal Pageant 2012.

Sepanjang pusingan awal pertanding­an, Astro Battlegrou­nd menjemput penari berpengala­man di seluruh dunia sebagai juri dan mentor. Selain itu, para peserta mendapat peluang ke Korea untuk menajamkan skil tarian mereka, berkat hasil keras dan usaha yang telah dilakukan pihak produksi.

Episod akhir Astro Battlegrou­nd 2016 akan ditayangka­n Ahad ini, 17 Julai 2016 pada jam 8.30 malam di saluran Astro Wah Lai Toi (CH 311 & HD CH 310) dan juga boleh ditonton di Astro on the Go dan On Demand. Layari Astro Gempak untuk aksi-aksi tarian hebat bermula Ogos ini sehingga berlangsun­gnya Asian Battlegrou­nd pada 8 Oktober 2016.

 ??  ??
 ??  ?? RED Lycans menewaskan pencabar terdekat, Dark Riderz untuk muncul juara Astro Battlegrou­nd 2016.
RED Lycans menewaskan pencabar terdekat, Dark Riderz untuk muncul juara Astro Battlegrou­nd 2016.
 ??  ?? PARA juri pertanding­an
PARA juri pertanding­an
 ??  ?? LIM LEONG INN ataupun KidInn juarai kategori solo.
LIM LEONG INN ataupun KidInn juarai kategori solo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia