Utusan Borneo (Sabah)

Museum Angkut menyimpan sejarah sistem pengangkut­an

- - Oleh KENNEDDY CORLLEUS

SELAIN Gunung Bromo, Museum Angkut adalah antara tempat wajib dikunjungi jika bertandang ke Surabaya.

Letaknya tidak jauh dari Jawa Timur (Jatim) Park I, Museum Angkut menyimpan koleksi pelbagai pengangkut­an di Indonesia sejak zaman kolonial sehingga era moden, termasuk yang terbaru replika kapal terbang yang ditempatka­n di bahagian bumbung bangunan.

Museum Angkut dibahagika­n kepada beberapa bahagian dan mengikut zon seperti Itali, Amerika Syarikat dan Britain selain tempatan Indonesia.

Menurut pemandu pelancong kami, Museum Angkut dikunjungi ribuan pelancong setiap minggu dan merupakan destinasi yang paling diminati ramai kerana pengunjung dapat mempelajar­i ilmu mengenai sistem pengangkut­an dari dahulu hingga sekarang.

Melangkah masuk ke bangunan ini membawa kita mengimbau sjarah sistem pengangkut­an dunia. Di sebelah kiri pintu masuk utama terdapat replika jet tempur, yang melambangk­an pemodenan sistem pertahanan udara.

Pelbagai jenis kenderaan dipamerkan di sini termasuk yang pernah digunakan oleh pembesar-pembesar dunia.

Replika kapal terbang yang baru diwujudkan di situ juga menyediaka­n ruang kokpit simulasi juruterban­g yang membolehka­n pengunjung merasai sendiri menjadi juruterban­g dengan dikenakan sejumlah bayaran masuk.

Kereta kuda, motosikal dan kereta antik amat mengujakan pengunjung yang pertama memasuki tempat ini.

Dengan bangunan cukup besar serta kawasan parkir amat luas, Museum Angkut ini menjanjika­n pulangan amat lumayan dan merupakan satu lagi sumber menjana industri pelanconga­n Indonesia, khususnya Surabaya.

Yang nyata, industri pelanconga­n Indonesia berkembang pesat dan membawa banyak limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.

 ??  ?? HELIKOPTER milik tentera Indonesia turut dipamerkan di Museum Angkut.
HELIKOPTER milik tentera Indonesia turut dipamerkan di Museum Angkut.
 ??  ?? (Gambar kanan) PENULIS berpeluang merakamkan gambar ‘selfie’ di Gunung Bromo.
(Gambar kanan) PENULIS berpeluang merakamkan gambar ‘selfie’ di Gunung Bromo.
 ??  ?? (Gambar bawah)
ANTARA pembaharua­n yang terdapat di Museum Angkut.
(Gambar bawah) ANTARA pembaharua­n yang terdapat di Museum Angkut.
 ??  ?? MUSEUM Angkut turut mempamerka­n kenderaan milik Presiden Indonesia terdahulu.
MUSEUM Angkut turut mempamerka­n kenderaan milik Presiden Indonesia terdahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia