Utusan Borneo (Sabah)

Dokumentar­i ‘Dhuha’ kongsi motivasi personalit­i undangan di TV1

-

DOKUMENTAR­I empat episod bertajuk ‘Dhuha’ yang berbentuk genre keagamaan berkaitan dengan beberapa personalit­i yang dipilih antara program terbaik yang bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena menghayati sambutan Aidilfitri ini.

Ternyata pemilihan program dokumentar­i ilmiah yang mengundang personalit­i undangan dalam lapangan berbeza ini pastinya mampu memberikan motivasi dan perkongsia­n yang berguna untuk semua penonton.

Empat episod dokumentar­i ini bersama personalit­i dipilih iaitu Ustaz Mohd. Farhan Abdullah Al-Hafiz (11 Julai, jam 7.30 malam), Enot (13 Julai, jam 7.30 malam), Sham Kamikaze (14 Julai, jam 7.30 malam) dan Ahmad Ammar Ahmad Azam (15 Julai, jam 6.00 petang) yang kesemuanya disiarkan menerusi saluran TV1.

Episod pertama bersama Ustaz Mohd. Farhan Abdullah Al-Hafiz memaparkan keadaan penghijrah­an seorang hamba Allah yang bermula kehidupann­ya sebagai seorang mubaligh paderi Kristian kepada seorang ustaz. Malah beliau nyaris mati ditembak oleh bapa sendiri kerana memeluk Islam.

Sejak dilahir dan dibesarkan dalam keluarga Kristian dengan nama Johanis, dia meminati Islam ketika berada di sekolah dan hanya mendengar penerangan tentang Islam dalam mata pelajaran agama di sekolah.

Begitulah sebahagian daripada kehidupan Ustaz Mohd. Farhan Abdullah Al-Hafiz, seorang anak Sabah yang mengambil masa selama tujuh tahun untuk mengislamk­an seluruh ahli keluargany­a, termasuk kedua orang tuanya di Kota Belud, Sabah dan kini beliau adalah seorang penceramah bebas. Perkataan ‘Tahi Itik’ pada nama kuih membawa kenangan beliau kepada Syawal hingga ke hari ini.

Usah ketinggala­n menyaksika­n episod membawakan pendekatan kepada pelakon komedi yang dikenali sebagai Enot yang berhadapan dengan penyakit kanser usus tahap dua. Beliau menceritak­an pengalaman­nya dari awal bagaimana keadaan setelah mendapat tahu mempunyai penyakit tersebut yang boleh mendatangk­an maut.

Selain dari kerja berlakon yang semakin berkuranga­n, Enot lakukan penjualan kek dan biskut secara jualan atas talian. Kehidupan kini lebih dihargai dengan keadaan perjalanan hidup yang semakin singkat.

Siapa yang tidak mengenali pemuzik bernama Sham Kamikaze? Dokumentar­i ini memaparkan kisah ringkas pengenalan kepada peminatpem­inat muzik tempatan berkenaan Sham Kamikaze atau Shamril Mohd. Salleh, dikenali bukan sahaja sebagai pemuzik profesiona­l tetapi juga sebagai pemuzik pendakwah ke arah cintakan Islam.

Beliau boleh memainkan segala jenis genre muzik. Sham menceritak­an bagaimana beliau boleh mengetepik­an laman muzik yang dirasai kosong dan membuatnya memutar hala muziknya ke arah agama dan ke arah ketuhanan. Episod ini memberi gambaran bagaimana Sham menjalanka­n permainan muziknya untuk bersama masyarakat menuju jalan yang diredai Allah.

Episod terakhir membawakan pengenalan kepada seorang insan, selepas dia dijemput oleh Ilahi. Pelajar Ahmad Ammar Ahmad Azam, rakyat pertama Malaysia yang disemadika­n di bumi Turki, kerana satu kemalangan jalan raya di Istanbul. Misi kemanusiaa­n dan perjuangan demi Islam ke merata dunia yang dia pergi.

Kemalangan­nya tidak mempunyai kesan darah pada tempat kecederaan­nya dengan wajah berpeluh walaupun setelah 48 jam meninggal dunia. Ribuan rakyat Turki menyertai solat jenazahnya dan disemadika­n di kawasan kubur arwah para ulamak Turki. Segala penceritaa­n tentang beliau diceritaka­n oleh kedua ibu bapa dan neneknya dalam episod ini dan juga kenapa beliau dijadikan bahan contoh kepada para warisan muda.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia