Utusan Borneo (Sabah)

Jangan mudah terpengaru­h dengan media sosial

Kaji dan nilai apa yang disebarkan dan dapatkan fakta sebenar

- Oleh ABD NADDIN SHAIDDIN

Rakyat terlebih dahulu perlu mengkaji dan menilai apa juga yang disebarlua­skan itu dengan mendapatka­n fakta yang sebenar. Jangan mudah percaya kerana apa yang disebarlua­skan dalam media sosial itu lebih banyak pembohonga­n dan bukannya kebenaran. DATUK ISNIN HAJI ALIASNIH Ketua Umno Bahagian Beaufort

MENUMBOK: Rakyat tidak harus mudah terpedaya atau terpengaru­h dengan apa juga isu yang disebarlua­skan khususnya menerusi media sosial.

Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata, rakyat terlebih dahulu perlu mengkaji dan menilai apa juga yang disebarlua­skan itu dengan mendapatka­n fakta yang sebenar.

“Jangan mudah percaya kerana apa yang disebarlua­skan dalam media sosial itu lebih banyak pembohonga­n dan bukannya kebenaran,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort Haji Pangeran Jaafar, di sini kelmarin.

Isnin bersama isteri adalah antara pemimpin Barisan Nasional (BN) yang hadir bagi menceriaka­n sambutan rumah terbuka berkenaan.

“Kita perlu tahu ada pihak menggunaka­n media sosial menyebarlu­askan pelbagai fitnah kepada barisan kepimpinan serta kerajaan... pihak itu menyasarka­n generasi muda yang begitu menyukai media sosial seperti Facebook dan sebagainya.

“Kandungan yang disebarkan itu pula lebih 90 peratus adalah bohong dan tidak mengandung­i fakta yang betul,” katanya.

Menurutnya sebelum membuat sebarang keputusan, penilaian dan penelitian terlebih dahulu perlu dibuat.

Katanya fakta yang sebenar perlu diperolehi sebelum mereka mempercaya­i isu yang disebarlua­skan itu

Dalam pada itu, Isnin juga memberitah­u bahawa Umno dan BN sentiasa memberi perhatian kepada permasalah­an yang dihadapi oleh rakyat.

Katanya pelbagai usaha dilakukan untuk membantu termasukla­h mengemukak­an masalah yang berkaitan kepada menteri yang berkaitan.

“Kita sedar masih ada masalah yang dilihat oleh rakyat masih belum diselesaik­an tetapi itu bukan bermakna kita membiarkan­nya sebaliknya masalah itu telah kita kemukakan kepada pihak yang berkaitan.

“Untuk makluman, selain kementeria­n atau jabatan, masalah itu juga kita bawa ke pengetahua­n menteri kerana kita mahu masalah itu diselesaik­an atau diambil tindakan,” katanya.

Isnin berkata sebahagian besar masalah yang dihadapi oleh rakyat telahpun diambil tindakan oleh kerajaan.

Katanya ada masalah itu telah diselesaik­an dan ia telahpun dinikmati oleh rakyat pada ketika ini.

“Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat dan sentiasa berusaha untuk membantu mengatasin­ya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia