Utusan Borneo (Sabah)

Dua bailif maut di bilik mahkamah

Banduan rampas senjata ketika perbicaraa­n ditembak mati polis Michigan

-

ST JOSEPH: Dua bailif ditembak mati dalam pergelutan dengan seorang banduan yang bertukar menjadi lelaki bersenjata di dalam bilik mahkamah di barat daya Michigan kelmarin yang turut mencederak­an dua orang sebelum anggota polis membunuh penembak tersebut, kata seorang syerif daerah.

Larry Darnell Gordon, 44 tahun, menembak mati bailif yang dikenali sebagai Joseph Zangaro, seorang leftenan polis negeri Michigan yang sudah bersara, dan Ron Kienzle, seorang sarjan polis

Benton Township yang sudah bersara, akhbar Detroit Free Press melaporkan.

Serangan ke atas bailif dan timbalan polis itu berlaku empat hari selepas empat anggota polis Dallas dan seorang pegawai polis transit Dallas dibunuh oleh seorang penembak hendap yang mendakwa didorong oleh penggunaan kekerasan yang menyebabka­n kematian warga Afrika-Amerika.

Syerif Berrien County Paul Bailey memberitah­u satu sidang akhbar bahawa serangan itu berlaku sekitar jam 2.25 petang waktu tempat di tingkat tiga bangunan mahkamah St Joseph, Michigan,

Bailey berkata, Gordon adalah seorang banduan yang merampas pistol daripada seorang daripada dua bailif yang mengiringi­nya ke bilik mahkamah dan kemudian mula menembak ketika dia cuba melarikan diri dari tahanan.

Seorang timbalan syerif dan orang awam turut cedera, katanya.

“Kami terkilan, mereka rakan-rakan kami.

“Hari ini adalah hari yang menyedihka­n,” kata Bailey kepada pemberita.

Bailey berkata timbalan dan orang awam yang ditembak itu telah dibawa ke hospital dan dijangka akan selamat.

Suspek ditembak mati oleh anggota polis, katanya.

Pegawai maklumat awam di Jabatan Penjara Michigan Chris Gautz berkata dalam Twitter, semua kakitangan Jabatan Penjara selamat dan sudah diambil kira.

Seorang saksi Gretta Volkenstei­n memberitah­u CNN bangunan dan agensi kerajaan di kawasan itu ditutup ketika insiden itu berlaku.

Ia tidak segera diketahui kenapa banduan itu diiringi ke bilik mahkamah tetapi Bailey berkata ia sedang disiasat.

“MSP ( Polis Negeri Michigan) sudah mengukuhka­n lokasi di bangunan mahkamah Berrian County dan memulakan siasatan ke atas serangan yang berlaku pada petang tadi,” kata Gabenor Rick Snyder dalam Twitter.

Bailey berkata, bangunan mahkamah telah ditutup semalam ketika orang ramai mulai berkunjung untuk memberi penghormat­an.

St Joseph sebuah bandar di barat daya Michigan, di seberang Tasik Michigan tidak jauh dari Chicago.

 ??  ??
 ??  ?? BEKAS pekerja Mahkamah Berrien County Julia Ann Smith menangis sambil berdoa setelah membawa bunga ketika seorang kerani memasang kain rentang hitam di tempat kejadian di Saint Joseph, Michigan kelmarin. —
BEKAS pekerja Mahkamah Berrien County Julia Ann Smith menangis sambil berdoa setelah membawa bunga ketika seorang kerani memasang kain rentang hitam di tempat kejadian di Saint Joseph, Michigan kelmarin. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia