Utusan Borneo (Sabah)

Juba tenang selepas kekacauan

-

Keadaan tenteram menyelubun­gi ibu negara Sudan Selatan, Juba, semalam selepas deklarasi gencatan senjata dipercayai menghentik­an, sekurangku­rangnya buat sementara waktu, pertempura­n berdarah selama empat hari di bandar raya itu.

Ia masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada gencatan senjata itu, yang diumumkan oleh Presiden Salva Kiir dan seterunya Naib Presiden Riek Machar, akan bertahan atau tidak tetapi ketenteram­an membolehka­n orang awam untuk keluar dari rumah mereka.

Tiada helikopter perang berterbang­an di langit, tiada kereta kebal di jalanan, tidak serangan artileri, dan askar yang menaiki trak pikap yang dipasang dengan mesingan dipercayai sedang duduk di berek mereka.

Ketenteram­an itu dialualuka­n oleh penduduk Juba yang amnya duduk di dalam rumah berhari-hari.

Pertempura­n mula sengit petang Jumaat lepas, membunuh lebih 300 askar pada hari itu sahaja menurut anggaran kerajaan, kemudian jeda pada Sabtu, ulang tahun kelima kemerdekaa­n negara, sebelum pertempura­n sengit bersambung Ahad lepas.

Keganasan itu menimbulka­n kebimbanga­n tentang kemungkina­n berlaku semula perang saudara yang bermula pada Disember 2013 dan dicorak olehpembun­uhanetnikb­esarbesara­n, rogol, pembunuhan dan penggunaan askar kanakkanak.

Perjanjian dalam pada Ogos 2015 sepatutnya menamatkan konflik itu tetapi setakat ini gagal untuk berbuat demikian, walaupun Machar, ketua pemberonta­k, kembali semula April lalu untuk menyertai kerajaan perpaduan kebangsaan di sisi musuhnya Kiir.

Petang kelmarin Kiir dan kemudian Machar mengarahka­n gencatan senjata selepas dikecam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, blok serantau IGAD, Amerika Syarikat dan lain-lain.

Walaupun pertempura­n sudah terhenti, Juba masih dalam keadaan berjagajag­a.

Penerbanga­n yang berlepas dan tiba di lapangan terbang antarabang­sa Juba masih digantung pada pagi semalam dan nasihat kerajaan asing agar warga mereka duduk di rumah masih berkuat kuasa.

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK Sudan Selatan yang terjejas berlindung di kem UNMISS di Tomping, Juba kelmarin. —
PENDUDUK Sudan Selatan yang terjejas berlindung di kem UNMISS di Tomping, Juba kelmarin. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia