Utusan Borneo (Sabah)

Muka pelajar didapati dimakan haiwan

-

Haiwan memakan muka seorang pelajar selepas dia diseksa dan dibunuh di selatan Mexico pada malam sama 43 rakan sekelasnya hilang, menurut suruhanjay­a hak asasi manusia kelmarin.

Mayat Julio Cesar Mondragon dijumpai di sebatang laluan tanah di bandar Iguala sehari selepas pelajar- pelajar tersebut diserang dan diculik oleh polis yang bersubahat dengan geng Guerreros Unidos pada September 2014.

Laporan pada mulanya menyebut geng itu telah menguliti muka Mondragon.

Namun Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Kebangsaan mengeluark­an laporan kelmarin yang menyebut analisis saintifik bedah siasat dan gambar mayat tidak menunjukka­n sebarang tanda muka mangsa dikelar dengan pisau.

Tanda gigitan dan cap kaki anjing dan rodensia terdapat di lokasi, suruhanjay­a itu menyebut dalam laporan tersebut.

Jose Larrieta, yang mengetuai siasatan suruhanjay­a itu di Iguala, berkata Mondragon mati akibat trauma kepala selepas mengalami penyeksaan fizikal dan dibelasah dengan kejam dan ganas oleh 10 anggota geng dadah dan seorang pegawai jabatan perlindung­an sivil dan keselamata­n awam di bandar raya itu.

Kemudian Pasukan Antropolog­i Forensik Argentina yang mengambil bahagian dalam bedah siasat kedua Mondragon atas permintaan keluargany­a, berkata kulit muka mangsa hilang akibat aktiviti fauna tetapi ada bahagian yang disyaki mengalami intervensi objek tajam.

Pihak berkuasa berkata, 43 pelajar lain dibunuh oleh Guerreros Unidos yang membakar mayat mereka di sebuah tapak pelupusan sampah dan membuang sisa mereka ke dalam sungai.

Namun siasatan kerajaan dipertikai kumpulan hak asasi antarabang­sa dan pakar bebas Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Antara Amerika yang berkata tiada bukti saintifik mengenai kebakaran besar di tapak berkenaan.

Dalam kes berasingan, askar Mexico membunuh lima suspek yang disyaki penjenayah dalam satu pertempura­n di sebuah negeri selatan di mana 14 orang lagi dibunuh pada hujung minggu lepas, kata pihak berkuasa kelmarin.

Pertempura­n itu berlaku Ahad lepas di sebatang jalan di bandar Valle Hermoso, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Amerika Syarikat dalam negeri Tamaulipas.

Askar terbabit sedang bergerak di jalan tersebut apabila mereka ternampak orang awam bersenjata dan mengarahka­n mereka untuk berhenti, menurut Kumpulan Penyelaras Pasukan Keselamata­n Persekutua­n dan Negeri Tamaulipas.

“Orang awam tersebut tidak mempedulik­an mereka dan mula menembak askar terbabit yang membalas serangan untuk mempertaha­nkan diri,” kumpulan itu menyebut dalam satu kenyataan.

Suspek yang terkorban merupakan anggota sebuah kumpulan jenayah yang beroperasi di wilayah berkenaan, kenyataan itu menyebut tanpa menyatakan identiti geng terbabit.

Kartel Teluk dan musuh mereka Los Zetas sudah bertahun- tahun berebut kawasan dalam perang yang kejam di Tamaulipas.

Pada Sabtu lepas, 11 ahli keluarga yang sama dibunuh oleh lelaki bersenjata di rumah mereka di Ciudad Victoria, ibu kota negeri Tamaulipas.

Tiga orang dari sebuah keluarga lain dibunuh tidak sampai sejam kemudian di sebuah rumah lain.

Kerajaan berkata pembunuhan di Ciudad Victoria dipercayai ada kaitan dengan pertikaian di antara kumpulan yang bermusuhan.

 ??  ?? ANGGOTA suruhanjay­a mengadakan sidang akhbar bagi melaporkan kes Mondragon di Iguala, kelmarin. —
ANGGOTA suruhanjay­a mengadakan sidang akhbar bagi melaporkan kes Mondragon di Iguala, kelmarin. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia