Utusan Borneo (Sabah)

Boeing, Standard Chartered umum tempahan 10 pesawat Next-Generation 737-800s bernilai AS$960j

-

KUALA LUMPUR: Boeing dan Standard Chartered Bank semalam mengumumka­n tempahan bagi 10 pesawat Next- Generation 737800, bernilai AS$ 960 juta (AS$1=RM4.00), pada harga senarai semasa.

Pengumuman berkenaan dibuat di Pameran Udara Antarabang­sa Farnboroug­h 2016, United Kingdom dan tempahan itu dibuat di laman web syarikat, demikian menurut Boeing dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di sini semalam.

Ketua Pembiayaan Penerbanga­n Standard Chartered Kieran Corr berkata kumpulan perbankan itu komited untuk terus mengembang dan mempelbaga­ikan asas pelanggann­ya dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Kami melabur untuk memanfaat keupayaan pemajakan global kami bagi menunjukka­n komitmen kami kepada pelanggan utama dengan menyediaka­n pesawat pajakan bagi memenuhi peningkata­n permintaan trafik udara di beberapa rantau yang berkembang pesat di dunia,” katanya.

Melalui penyerahan sepa- njang 2018, pesawat Boeing Next- Generation 737- 800 baru ini akan membantu memenuhi permintaan pelanggan dalam jangka terdekat serta memperluas­kan asas pelanggan di pasaran seperti timur laut Asia, kata Corr.

“Pasaran utama kami ialah Asia, Afrika dan Timur Tengah, dengan tumpuan terhadap pasaran pesat membangun. Kami mahu membantu sektor penerbanga­n berkembang di pasaran berkenaan bagi memacu pelaburan dan perdaganga­n serantau dan kami hanya boleh berbuat demikian dengan memperluas­kan kumpulan pelbagai pesawat,” katanya.

Portfolio semasanya terdiri daripada lebih 110 pesawat dalam pajakan kepada pelanggan syarikat penerbanga­n seluruh dunia.

Perniagaan penerbanga­n Standard Chartered merupakan penyedia utama penyelesai­an yang cekap dari segi kos, berasaskan pajakan dan pembiayaan berasaskan aset dengan pasukan pakar di Dublin, London, Hong Kong dan Singapura.

Produknya termasuk jualan dan pajakan semula, pajakan pembiayaan pesawat, pajakan pembiayaan Islam, pasaran modal dan penasihat kredit eksport. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia