Utusan Borneo (Sabah)

M’sia tewaskan S’pura 2-0

Persiapan hadapi Kejohanan Bolasepak Wanita Piala AFF Ke-9

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Rimau Wanita Malaysia menewaskan Singer Wanita Singapur menerusi dua jaringan tanpa balas dalam perlawanan persahabat­an antarabang­sa antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Singapura di Stadium Likas pada malam Isnin.

Perlawanan itu adalah sebahagian dari persiapan keduadua pasukan untuk menghadapi Kejohanan Bolasepak Wanita Piala Persekutua­n Bolasepak Asia (AFF) Ke-9 di Mandalay, Myanmar bermula 24 Julai hingga 4 Ogos hadapan.

Norsuriani Mazli dan ketua pasukan Angela Kais masing-masing menjaringk­an gol dalam separuh masa pertama dan kedua untuk kemenangan itu di hadapan kira-kira 900 penonton yang hadir.

Pasukan Malaysia yang diperkuatk­an oleh lapan pemain dari Sabah mendominas­i hampir keseluruha­n masa permainan menerusi jaringan pertama dalam minit ke-12 diikuti jaringan kedua dalam minit ke-75.

Ketua jurulatih Mohd Asyraaf Fong Abdullah (gambar) ketika ditemui selepas perlawanan berakhir berkata, masih banyak perlu diperbaiki sekalipun anak-anak buahnya berjaya mencapai kemenangan.

“Ini merupakan perlawanan pertama kita melawan pasukan wanita dan lawan tidak begitu memberi tekanan ataupun tentangan yang hebat sebagaiman­a yang dijangkaka­n.

“Sebelum ini saya telah menguji pasukan ini dengan melawan pasukan lelaki dari Liga Kota Kinabalu dan Piala FAM. Nampaknya, keyakinan mereka sangat tinggi selepas melawan pasukanpas­ukan itu,” jelas beliau.

“Mereka saya galakkan untuk berani menyimpan bola (control) dan bermain bola kecil (short pass). Saya menggunaka­n lima pemain tengah untuk menggalakk­an lagi perkembang­an taktik permainan ini.

“Namun begitu semasa perlawanan tadi (menentang Singapura) saya dapati pemain penyerang tengah agak lambat mengisi posisi penyerang apabila posisi itu ditinggalk­an oleh penyerang sedia ada.

“Oleh itu, saya akan mem- beri penekanan ini dalam latihan dan perlawanan-perlawanan akan datang agar mereka dapat membuka lebih banyak ruang untuk melakukan serangan berbisa,” tambah Asyraaf.

“Saya juga dapati pemain sayap kiri perlu diberi latihan ulangan yang lebih kerap untuk membolehka­n pemain itu mengubah pergerakka­n sama ada membantu bahagian serangan mahupun pertahanan.

“Pada keseluruha­nnya, perlawanan ini amat positif untuk pasukan negara dan telah memberi keyakinan yang tinggi kepada para pemain,” tambahnya lagi.

Pasukan kebangsaan dijadualka­n berlepas ke China pada Jumaat (15 Julai) ini untuk mengadakan dua lagi perlawanan persahabat­an antarabang­sa menetang Kelab Guangzhou FC dari Liga China di Guangzhou pada 16-18 Julai.

Di Piala AFF Ke-9, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama tuan rumah Myamnar, pasukan 20 Tahun Ke Bawah Australia dan Timor Leste.

Perlawanan menentang Myamnar dijadual berlangsun­g pada 27 Julai diikuti aksi menentang Australia pada 29 Julai dan Timor Laste pada 31 Julai.

Kumpulan A terdiri dari Singapura, Negara Thai, Vietnam dan Filipina.

 ??  ?? KETUA pasukan kebangsaan Angela Kais (kiri) dikawal dua pertahanan Singapura dalam aksi perlawanan persahabat­an antarabang­sa di Stadium Likas pada malam Isnin. Malaysia menang 2-0.
KETUA pasukan kebangsaan Angela Kais (kiri) dikawal dua pertahanan Singapura dalam aksi perlawanan persahabat­an antarabang­sa di Stadium Likas pada malam Isnin. Malaysia menang 2-0.
 ??  ?? MOHD ASYRAAF
MOHD ASYRAAF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia