Utusan Borneo (Sabah)

Deschamps akan terus kekal bimbing Les BleusBRUCE

-

PARIS, Perancis: Didier Deschamps akan terus kekal sebagai jurulatih Perancis dan akan membimbing pasukan ke kempen Piala Dunia 2018 walaupun keputusan mengecewak­an apabila tewas 0-1 kepada Portugal di final Euro 2016 Ahad lepas.

Perancis melantik Deschamps untuk memulihkan maruah pasukan dan tidak bernasib baik untuk mengakhiri kejohanan Euro 2016 selaku juara.

“Kami melepaskan peluang terbaik untuk muncul juara,” kata Deschamps selepas perlawanan Ahad lepas.

Tetapi jurulatih berusia 47 tahun itu, yang memenangi trofi Piala Dunia dan Euro ketika menjadi kapten Perancis, tidak mempunyai hasrat untuk melepaskan jawatan dengan kontrak beliau berlarutan sehingga Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Ia berdasarka­n apa yang sedia ada (kontrak). Saya tidak akan memikirkan tentang diri saya sendiri,” kata beliau.

“Saya akan mengambil masa untuk menerima segala-galanya. Pemain akan kembali bermain untuk kelab mereka dan saya akan menganalis­a beberapa perkara bersama kakitangan pasukan dan kami akan bermula sekali lagi untuk projek dua tahun lagi (Piala Dunia 2018).”

Deschamps berkata bahawa “kekecewaan menguasai” pemain selepas kekalahan di final itu tetapi generasi baharu yang diketuai penyerang utama, Antoine Griezmann, akan meningkat lebih baik lagi.

“Berbanding dua tahun yang lalu, apabila kami beraksi di Piala Dunia, kami berjaya ke final (Ahad lepas).

“Pemain muda akan meningkat lebih baik lagi dan saya berasa sangat bangga dengan pencapaian pasukan ini.

“Kami melangkah sejauh yang kami mampu. Kami bagaimanap­un tidak mendapat ganjaranny­a tetapi saya memiliki skuad yang hebat.”

Deschamps adalah salah seorang pemain bola sepak dengan kemahiran taktik dan psikologi untuk bermain dan berjaya mencapai kejayaan di kejohanan antarabang­sa.

Sebagai kapten Perancis, beliau mengawal bilik persalinan dengan pemain panas baran seperti Zinedine Zidane ketika pasukan muncul juara Piala Dunia 1998 yang berlangsun­g di tanahairny­a.

Beliau bersara dari bola sepak antarabang­sa selepas Perancis muncul juara Euro 2000.

Deschamps menjadi jurulatih Perancis pada 2012 dengan reputasi Perancis di peringkat terbawah selepas ‘pemberonta­kan’ pemain di Piala Dunia 2010 selain beberapa pemain utama berdepan dakwaan skandal seks.

Aime Jacquet, jurulatih Perancis pada 1998, antara orang yang memberikan pujian kepada Deschamps.

“Beliau tahu bagaimana mengawal keadaan,” kata Jacquet. “Beliau adalah pemain yang sudah menjadi seorang jurulatih sebelum menjadi jurulatih.”

“Beliau sudah berada dalam situasi ini ketika menjadi kapten saya dan saya boleh memastikan kepada anda di mana beliau sudah mengawal segala-galanya dengan baik secara tertutup,” kata Jacquet.

Sebagai pemain, Deschamps memenangi Liga Juara-Juara, Ligue 1 Perancis, Serie A Itali dan Piala FA Inggeris, selain kejuaraan bersama Perancis.

Sebagai jurulatih, beliau membawa Monaco ke final Liga Juara- Juara dan membantu Juventus kembali ke Serie A selepas satu musim disingkirk­an ke Serie B kerana skandal rasuah.

Beliau kemudian menyertai Marseille dan membimbing kelab memenangi kejuaraan liga yang pertama dalam tempoh 18 bulan. Ada orang menganggap Deschamps seorang yang bernasib baik. Di Euro 2016, Perancis menjaringk­an beberapa gol lewat untuk mencipta dua kemenangan pertama dan di suku akhir menentang Iceland.

Tetapi beliau menggalas tugas sukar membina sebuah pasukan yang memalukan selepas pemain mogok di Piala Dunia 2010 ekoran keputusan menghantar pulang penyerang bermasalah, Nicolas Anelka. Apabila beliau menjadi jurulatih, dua pemainnya berdepan skandal seks melanggan pelacur bawah umur. Kes itu bagaimanap­un digugurkan.

Dan beberapa bulan sebelum Euro 2016, bola sepak Perancis dikejutkan dengan skandal dakwaan peras ugut pita seks Mathieu Valbuena yang melibatkan penyerang Karim Benzema.

Tetapi Deschamps melaksanak­an tugas dengan tegas dan membina sebuah pasukan berteraska­n Griezmann, Paul Pogba dan kapten pasukan Hugo Lloris dan mendapat pujian di atas pencapaian pasukannya walaupun kekecewaan di final.

Deschamps “telah mengajar mereka keazaman untuk memberikan kegembiraa­n kepada rakyat Perancis,” kata Presiden Perancis, Francois Hollande ketika memberikan penghargaa­n Ahad lepas.

 ??  ??
 ??  ?? BRUCE
BRUCE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia