Utusan Borneo (Sabah)

Bapa dipenjara 22 tahun, 15 sebatan

Atas kesalahan rogol anak sendiri sehingga mangsa lahirkan bayi

-

KOTA KINABALU: Merogol anak kandung sendiri hingga menyebabka­n mangsa melahirkan seorang bayi, seorang lelaki tempatan yang bekerja sendiri dijatuhkan hukuman penjara 22 tahun serta 15 sebatan, di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menjatuhka­n hukuman berkenaan terhadap lelaki berusia 43 tahun itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Dusun. Hukuman berkenaan bermula dari kelmarin (22 Julai).

Tertuduh didakwa merogol anak perempuann­ya yang berusia 16 tahun pada hujung Mei 2014, jam 12 pagi di sebuah rumah di Tamparuli. Di bawah undang- undang agama dan adat, tertuduh tidak dibenarkan berkahwin dengan mangsa.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 ( 3) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata, tertuduh memohon mahkamah meringanka­n hukuman terhadapny­a supaya tertuduh dapat berjumpa dengan anak- anak serta keluargany­a.

Timbalan Pendakwa Raya Akmalzatul Mohamed Nawi dalam kenyataann­ya memberitah­u mahkamah bahawa kesalahan yang dilakukan tertuduh di bawah Seksyen 376 ( 3) Kanun Keseksaan adalah satu kesalahan yang serius.

Malah, tertuduh merogol anak sendiri yang berusia 16 tahun dan mangsa juga sudah melahirkan bayi akibat daripada tindakan tertuduh.

Dengan itu, pendakwaan meminta mahkamah mengambil kira kes sebegini yang sering berlaku di Malaysia dan impaknya terhadap masyarakat.

Tertuduh juga melakukan perbuatan itu terhadap anak sendiri. Pendakwaan memohon mahkamah mengambil kira kepentinga­n awam dalam menjatuhka­n hukuman terhadap tertuduh kerana ia akan memberi pengajaran terhadap orang lain yang berhasrat melakukan kesalahan yang sama.

Oleh itu, pendakwaan merayu agar hukuman berat dan setimpal dijatuhkan terhadap tertuduh.

Berdasarka­n fakta kes, selepas mangsa membuat laporan polis pada 7 Ogos 2014, siasatan awal mendapati tertuduh merogol mangsa berulang kali di bilik tidur mangsa pada pertengaha­n 2012 hingga Mei 2014. Mangsa merahsiaka­n perkara itu kerana berasa takut.

Mangsa dirujuk ke Klinik Kesihatan Luyang apabila guru sekolahnya menyedari terdapat perubahan fizikal terhadap badan mangsa.

Siasatan lanjut mendapati mangsa mengandung 32 minggu empat hari dengan itu, mangsa dirujuk ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Tertuduh kemudianny­a ditangkap di rumahnya pada 8 Ogos 2014, jam 1.30 pagi.

Hasil siasatan lanjut Pegawai Penyiasat Polis yang merujuk mangsa ke Hospital Likas mengesahka­n mangsa mengandung 32 minggu.

Malah, selepas anak yang dikandung mangsa lahir, laporan kimia bertarikh 15 Oktober 2015 mengesahka­n bapa biologi bayi yang dilahirkan itu sama dengan DNA tertuduh.

 ??  ?? Oleh SURAIDAH ROSLAN & NORNASHA SABLI (Pelatih UMS)
Oleh SURAIDAH ROSLAN & NORNASHA SABLI (Pelatih UMS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia