Utusan Borneo (Sabah)

8,809 JAWATAN KOSONG

Ditawarkan oleh pelbagai agensi kepada pencari kerja

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Program Kembara Kerjaya Sabah 2016 menyaksika­n sebanyak 8,809 kekosongan ditawarkan oleh pelbagai agensi kepada pencari kerja.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem berkata melalui 8,809 kekosongan jawatan itu, sebanyak 195 majikan daripada sektor swasta dan 34 penyedia latihan menyertai program berkenaan.

“Jumlah itu adalah berikutan kejayaan pada Kembara Kerjaya Sabah tahun lalu yang menempatka­n seramai 2,581 orang pencari kerja di dalam pelbagai sektor,” katanya ketika merasmikan Karnival Pekerjaan dan Penggajian Orang Kelainan Upaya (OKU) sempena Program Kembara Kerjaya Sabah 2016, di sini kelmarin.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) Datuk Seri Adenan Ab Rahman.

Beliau berkata penganjura­n kali kedua, program itu akan menjelajah ke tujuh daerah bermula di Kota Kinabalu dan berakhir di Beaufort pada 6 Ogos ini.

“Sebanyak 30 buah kenderaan pacuan empat roda yang melibatkan 70 peserta konvoi yang terdiri daripada warga kerja Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah, agensiagen­si di bawah KSM, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah, penyediaan latihan, majikan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) serta Jabatan Pertahanan Awam akan bersama-sama sepanjang kembara ini berlangsun­g.

“Program ini adalah inisiatif kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutua­n, dan majikanmaj­ikan yang ada di sini, yang menyokong pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang telah diperkenal­kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya yakin dengan kerjasama di antara jabatan, dapat memaksimum­kan penggunaan sumber sedia ada dan tenaga kerja serta dapat memaksimum­kan pengurusan sesuatu program yang dilaksanak­an,” jelasnya.

Riot berkata pendekatan secara konvoi keluar bandar oleh agensi-agensi kerajaan dan pihak majikan serta penyedia latihan dalam program itu juga dapat menyalurka­n informasi semasa berhubung dasardasar kerajaan serta peluang pekerjaan melalui karnival pekerjaan disepanjan­g lokasi kembara ini.

“Dengan penganjura­n karnival kerjaya ini, ia dapat mengurangk­an kadar penganggur­an di Sabah.

“Seperti yang kita sedia maklum, kadar penggangur­an di Sabah adalah 5 peratus berbanding kadar penggangur­an nasional sebanyak 3.1 peratus,” katanya.

Beliau berkata program berkenaan turut melibatkan golongan yang kurang berkemampu­an seperti OKU.

Katanya ia dapat dilihat melalui kerjasama di antara JTK Sabah dan Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah dalam menganjurk­an Hari Penggajian OKU itu.

“Program ini dapat meningkatk­an kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung penggajian OKU khususnya di negeri Sabah.

“Ia juga dapat dapat menggalakk­an pendaftara­n serta penempatan pencari kerja dalam kalangan OKU di samping menggalakk­an majikan menyediaka­n peluang pekerjaan kepada golongan ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah merangka Pelan Strategik JKM 2016-2020 dalam usaha mencapai Transforma­si JKM bagi mengintegr­asikan OKU.

“Pelan strategik ini mempunyai sembilan teras yang mana salah satu strategi berkenaan adalah untuk mengintegr­asikan OKU ke dalam masyarakat bagi kesaksamaa­n hak dan peluang dan telah dirangka selari dengan hasrat Hak OKU dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

“Bagi memastikan teras ini tercapai, amat sesuailah penganjura­n Karnival Pekerjaan dan Penggajian Orang Kurang Upaya sempena Program Kembara Kerjaya Sabah Tahun 2016 yang diadakan pada hari ini.

“Penganjura­n ini telah menunjukka­n satu jaringan kerjasama atau NBOS yang sangat positif di antara JTK Sabah, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah, agensi Kementeria­n Sumber Manusia, dan agensi Kerajaan Negeri Sabah serta Persekutua­n,” katanya.

Katanya antara objektif pelaksanaa­n Karnival Pekerjaan bagi O KU yang dilaksanak­an oleh JKM Malaysia melalui Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah adalah menyelaras­kan semua penawaran peluang pekerjaan kepada OKU dengan agensi-agensi yang berkaitan pekerjaan OKU.

Jainab berkata seramai 300 OKU dianggarka­n turut serta dalam karnival itu, iaitu dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Institut Kebajikan OKU, Penerima Bantuan OKU, dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas, persatuan OKU dan pertubuhan sukarela kebajikan.

Melalui program itu, beliau menggesa golongan OKU supaya tampil merebut peluang yang telah disediakan.

“Selain itu, saya juga menggesa semua lapisan masyarakat supaya mendaftark­an anakanak atau anggota keluarga OKU mereka kepada pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am di seluruh negeri ini.

“Jangan malu dan segan untuk mendaftark­an mereka kerana kami akan membantu anak-anak ini untuk berdikari dan lebih berdaya saing,” katanya.

Menurutnya, setakat Julai tahun 2016, seramai 25,024 OKU telah didaftarka­n di seluruh negeri Sabah dan 4,434 daripadany­a adalah didaftarka­n di Kota Kinabalu.

Beliau berharap agar pihak swasta tampil membantu golongan OKU berkenaan dari segi memberi peluang untuk mengikuti latihan kemahiran dan peluang pekerjaan dalam program itu.

Sementara itu, Suzie Yantie Wenson, 32, berharap mereka diberi peluang untuk bekerja seperti di kaunter hadapan atau sebagai operator.

“Saya selalu menghubung­i rakan- rakan bertanyaka­n peluang pekerjaan, namun keadaan infrastruk­tur menjadi kekangan kami seperti bangunan tinggi dan menggunaka­n tangga. Infrastruk­tur di tempat kerja tidak mesra OKU menyebabka­n kami tidak mendapat pekerjaan.

“Namun, kami tidak salahkan majikan, tetapi mereka seharusnya melihat kami sebagai OKU dan tidak mampu melakukan pekerjaan,” katanya.

Anak sulung kepada tujuh orang adik beradik itu mahu menunjukka­n kebolehan dan sikap berdikari beliau yang mampu melakukan pekerjaan seperti orang biasa.

Suzie yang mengalami kecacatan fizikal iaitu tidak dapat meluruskan kaki kirinya sejak lahir berkata dia sebelumnya pernah memohon kerja di Perpustaka­an Negeri Sabah kerana kawannya juga seorang OKU sedang bekerja di tempat itu.

Beliau yang sudah berkahwin dan dikurniaka­n sepasan anak kembar itu mahu meringanka­n bebanan keluarga dan suaminya yang kini bekerja sebagai seorang buruh di sektor swasta.

 ??  ?? ADENAN (belakang, dua kanan) berbual mesra dengan pencari pekerjaan OKU yang hadir pada hari itu bersama Jainab dan Pengarah Tenaga Kerja Sabah Kamal Pardi (belakang, kiri).
ADENAN (belakang, dua kanan) berbual mesra dengan pencari pekerjaan OKU yang hadir pada hari itu bersama Jainab dan Pengarah Tenaga Kerja Sabah Kamal Pardi (belakang, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia