Utusan Borneo (Sabah)

Dasar gaji minimum mampu tingkat pendapatan pekerja: Riot

-

KOTA KINABALU: Pelaksanaa­n dasar gaji minimum yang berkuat kuasa 1 Julai lalu, mampu meningkatk­an pendapatan pekerja tempatan, sekali gus meningkatk­an ekonomi negara dalam mencapai status negara maju berpendapa­tan tinggi.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berkata dasar gaji minimum yang dilaksanak­an melalui pendekatan berimbang antara majikan dan pekerja berkenaan juga akan mengurangk­an kebergantu­ngan Malaysia terhadap pekerja asing.

“Ia (dasar gaji minimum) juga dapat mengurangk­an kadar kemiskinan negeri Sabah yang kini sebanyak empat peratus,” katanya dalam teks ucapannya sempena perasmian Program Kembara Kerjaya Sabah, Konvoi Kembara dan Karnival Pekerjaan 2016 di sini kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia Datuk Seri Adenan Ab Rahman. Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah Kamal Pardi.

Menurut Riot Malaysia tidak lagi mahu bergantung kepada kos buruh yang rendah untuk bersaing dalam pasaran global kerana Malaysia tidak lagi mampu dan mempunyai kelebihan daya saing jika dibandingk­an dengan negara jiran yang memilik buruh yang ramai dan murah. Katanya melalui peningkata­n kadar gaji minimum ini, tenaga kerja tempatan mendapat manfaat kerana pelaksanaa­n gaji minimum akan meningkatk­an kos pengambila­n tenaga kerja asing kerana majikan terpaksa membayar levi serta caj lain, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan.

Bercakap kepada pemberita kemudian Adenan berkata pelaksanaa­n dasar gaji minimum berkenaan telah diterima semua pihak kerana sebelum pelaksanaa­nnya perbincang­an mendalam melibatkan kerajaan, majikan dan pekerja telah dilakukan.

Katanya, masa secukupnya juga telah diberikan kepada semua pihak untuk menimbangk­an segala aspek berhubung dasar itu dan sebelum kerajaan menetapkan kadar gaji minimum.

“Penguatkua­saan akan dilakukan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah. JTK akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan dasar berkenaan dipatuhi majikan,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia