Utusan Borneo (Sabah)

Rusdin kekal pengerusi Koperasi Bakti Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Rusdin Riman kekal menerajui kepimpinan Koperasi Bakti Ranau Berhad (KBRB) bagi sesi 2017-2018, selepas dipilih semula pada mesyuarat agung koperasi itu di Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Ranau, Sabtu lepas.

Perasmian majlis penangguha­n mesyuarat agung yang dihadiri lebih 50 ahli berdaftar dan diserentak­kan dengan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri itu telah disempurna­kan oleh Setiausaha Sulit Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Wahab Rasman.

Barisan jawatankua­sa yang dipilih semula ialah Haji Saridih Ahmag (Timbalan Pengerusi), Mohd Azdie Apin (Setiausaha), Mohd Dinn Jamirin (Timbalan Setiausaha) dan Haji Suhadi Haji Sidi (Bendahari).

Beberapa orang lagi yang turut dikekalkan dalam jawatankua­sa itu ialah Zainurin Saha, Roslinah Apin, Johairie Linggin Lapat, Ustaz Joharie Abdullah, Bustaman Abdul Ghani dan Jusli Haji Zakaria.

Manakala, Haji Kasim Podosian serta Haji Yuman Sikin dan Jamri Suhamin juga kekal sebagai juruaudit dalaman Koperasi Bakti yang kini sudah berusia 33 tahun dengan bilangan ahli berdaftar lebih 100 orang.

Wahab dalam ucapannya memuji kepimpinan dan pentadbira­n Koperasi Bakti Ranau Berhad kerana berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunannya serentak dengan Majlis Ramah Mesra Hari Raya.

Katanya kejayaan menerusi kepimpinan serta pentadbira­n cemerlang sesebuah koperasi memerlukan kesungguha­n, ketabahan, kejujuran dan keikhlasan.

“Kejujuran dan keikhlasan serta tidak mudah putus asa merupakan tonik kemajuan sesuatu koperasi,” katanya sambil memuji kejayaan Koperasi Bakti Ranau Berhad kerana kini memiliki pusat penginapan Seri Bayu dan bangunan kedai Global Enterprise di Pekan Ranau.

“Saya berharap Koperasi Bakti Ranau Berhad akan terus maju ke hadapan dengan mempelbaga­ikan aktiviti ke arah menjana pendapatan lebih tinggi lagi pada masa hadapan,” tambahnya.

Sementara itu, Rusdin berterima kasih kepada para ahli yang hadir kerana memilihnya semula sebagai pengerusi yang merupak satu tanggungja­wab berat dan agak mencabar untuk dlaksanaka­n tanpa kerjasama padu daripada semua ahli.

“Jawatan pengerusi bukanlah sesuatu yang perlu dibanggaka­n, sebaliknya satu tugas penting yang harus dipikul sebaik mungkin dengan kerjasama semua pihak termasuk Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) daerah serta semua ahli dan jawatankua­sa koperasi,” katanya sambil merakamkan ucapan terima kasih di atas kehadiran Wahab dan Pegawai SKM Ranau Karim Kassim bersama pembantuny­a Shahrin Baihadu.

Turut diadakan ialah sumbangan koperasi kepada salah seorang ahli, Junaidi Haji Aman, yang rumah kediamanny­a di Kg Lingkudau di sini terlibat dalam kejadian kebakaran barubaru ini.

 ??  ?? WAHAB (kanan) menyampaik­an sumbangan koperasi kepada Junaidi sambil diperhatik­an Karim (kiri), Rusdin (dua kanan) dan Saridih.
WAHAB (kanan) menyampaik­an sumbangan koperasi kepada Junaidi sambil diperhatik­an Karim (kiri), Rusdin (dua kanan) dan Saridih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia