Utusan Borneo (Sabah)

Bertindak tegas terhadap dua ahli Umno di Penampang

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Dua ahli Umno Bahagian Penampang perlu diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin parti memandangk­an mereka mengkritik kepimpinan kerajaan secara terbuka di laman media sosial dan khalayak ramai.

Ketua Umno Bahagian Penampang Datuk John Ambrose berkata pihaknya akan menulis satu surat untuk diserahkan kepada Badan Perhubunga­n Umno Negeri agar perkara itu dapat diserahkan kepada pihak Lembaga Disiplin parti untuk tindakan selanjutny­a.

“Saya mempunyai bukti kukuh terhadap dua individu yang secara terang-terangan mengkritik kepimpinan kerajaan dan ini membuktika­n mereka sudah melanggar perlembang­aan parti.

“Sekiranya pemimpin Umno lain boleh dikenakan tindakan disiplin, dua individu ini sudah pasti boleh dihukum,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Raya-Hari Keluarga Wanita Umno Penampang, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata kesemua 70 cawangan Umno Penampang yang sudah bersidang turut bersetuju sebulat suara agar tindakan disiplin dikenakan terhadap dua individu berkenaan yang mana salah seorang daripadany­a adalah pemangku ketua cawangan Umno di kawasan Penampang.

John berkata keseluruha­n cawangan Umno Penampang berjumlah 200 lebih termasuk pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Penampang Noraini Idris berkata orang ramai jangan sesekali terpengaru­h dengan mereka yang mempunyai niat menubuhkan parti baharu.

“Mereka ini terdiri daripada golongan ‘serpihan’ yang merasa kecewa kerana tidak mendapat sesuatu daripada Barisan Nasional (BN).

“Apabila kecewa, mereka menubuhkan parti baharu dan kini mewar- warkan untuk memperjuan­gkan hak rakyat khususnya di Sabah,” katanya.

Menurutnya sebelum ini, pemimpin yang memegang jawatan penting di Kabinet dan parti mempunyai peluang berbuat demikian tetapi kenapa hanya kini baru disuarakan perkara itu.

 ??  ?? JOHN (lapan kiri) dan Noraini (sembilan kanan) bersama pemimpin Umno Penampang lain menyempurn­akan acara memotong kek.
JOHN (lapan kiri) dan Noraini (sembilan kanan) bersama pemimpin Umno Penampang lain menyempurn­akan acara memotong kek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia