Utusan Borneo (Sabah)

Majlis rumah terbuka Umno Libaran beri peluang rakyat rayakan bersama

- MUHAMMA Oleh NOORASVILL­A

SANDAKAN: Umno Libaran menampilka­n kelainan pada sambutan Aidilfitri tahun ini apabila menganjurk­an rumah terbuka di beberapa lokasi dalam kawasan berkenaan.

Ketua Menteri yang juga Ketua Bahagian Umno Libaran Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata tradisi rumah terbuka pada tahun sebelum ini diadakan secara besar- besaran di Dewan Sri Libaran.

Bagaimanap­un, katanya, pada tahun ini Umno Libaran menganjurk­an rumah terbuka di tiga lokasi iaitu Kampung Padas, Tinusa 2 dan Taman Merpati.

“Tahun ini kita menampilka­n kelainan. Dengan menganjurk­an rumah terbuka di banyak lokasi, ia memberi peluang dan ruang kepada rakyat yang tinggal jauh agar dapat sama- sama merayakan Aidilfitri dengan lebih bermakna.

“Kalau dahulu di Dewan Sri Libaran, saya melihat ramai penduduk terutama yang tinggal jauh tidak dapat menghadiri­nya. Oleh itu, sambutan Aidilfitri pada tahun ini dapat diraikan dengan penuh perasaan kekitaan dan persaudara­an,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Umno Libaran di Padang Taman Merpati, Batu 7 di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris, Ketua Wanita Umno Libaran Datuk Armani Haji Mahiruddin, Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Haji Mohd Hamsan Awang Supain dan Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Md Zain.

Menurut Musa warga Libaran sentiasa seperti sebuah keluarga yang besar di mana pendudukny­a saling hormat dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Katanya amalan itu akan diteruskan kerana ia mampu menguatkan perpaduan dan hubungan silaturahi­m.

“Dengan adanya perpaduan yang kuat, kita tidak akan mudah diganggu-gugat oleh anasir- anasir yang ingin memecah- belahkan kita. Apatah lagi, sekarang ini ada pihak yang cuba bercakap bohong, membuat hasutan dan tipu-helah. Mereka ini cuma orang- orang yang kecewa.

“Apa yang penting, Umno bersama komponen, kita sentiasa mewujudkan kefahaman yang tinggi dan sering menbantu dan bekerjasam­a untuk memastikan kita sama-sama dapat membangunk­an Sabah dari semasa ke semasa,” jelasnya. -

 ??  ?? MUSA bersama jawatankua­sa Umno Libaran menyanyika­n lagu beramai-ramai sempena Majlis Rumah Terbuka di Padang Taman Merpati.
MUSA bersama jawatankua­sa Umno Libaran menyanyika­n lagu beramai-ramai sempena Majlis Rumah Terbuka di Padang Taman Merpati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia