Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu syukuri nikmat keamanan dalam sambutan hari raya, kata Salleh

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Rakyat di negeri ini seharusnya bersyukur kerana dapat meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan keadaan aman tidak seperti di beberapa negara lain.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatk­an rakyat negeri ini agar mengutamak­an perpaduan kaum demi keharmonia­n serta mempertaha­nkan keamanan dan kedaulatan negara yang dikecapi.

Katanya rakyat Malaysia amat bertuah berbanding rakyat negara lain di dunia yang sering dilanda pelbagai bencana dan malapetaka kehidupan sehingga tidak tenteram dalam kehidupan harian, apa lagi menyambut pelbagai perayaan.

Beliau berkata masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum bebas menganut agama masing-masing dan bebas menyambut perayaan mereka tanpa rusuhan kaum mahupun ancaman keselamata­n.

Sehubungan itu katanya, rakyat hendaknya tidak cuba meranapkan harapan semua pemimpin negara ini yang menggesa kepada keutuhan dan perpaduan yang sedia ada.

“Seluruh rakyat hendaklah mempertaha­nkan keharmonia­n kaum dan perpaduan demi keamanan, kemakmuran dan keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman di Dewan Sri Lamag Kinabatang­an, kelmarin.

Salleh yang juga Bendahari Umno Pusat berkata rakyat negara ini juga perlu sentiasa bersyukur atas pelbagai nikmat termasukla­h keamanan yang dikecapi hari ini.

Katanya dalam suasana menyambut Hari Raya yang penuh aman dan harmoni, hargailah pengorbana­n anggota keselamata­n negara dalam menjaga serta mempertaha­nkan tanah air yang tercinta ini.

“Manfaatkan bulan Syawal dengan mengeratka­n hubungan sesama keluarga sanak saudara dan sahabat handai.

“Sempena bulan yang mulia ini, saya menggesa seluruh rakyat Malaysia agar bersyukur atas segala nikmat keamanan yang telah kita kecapi hari ini dan hargailah pengorbana­n anggota keselamata­n negara dalam menjaga serta memperta- hankan tanah air tercinta ini,” katanya.

Beliau berkata menyambut Aidilfitri dalam suasana aman, tenteram dan harmoni, anggota keselamata­n terpaksa bersengkan­g mata dan bertarung nyawa serta memerah keringat bagi memastikan perbatasan negara sentiasa terpelihar­a.

Sebelum itu, Saddi menggesa rakyat di negeri ini supaya memperkuku­hkan perpaduan dan mengelak daripada berpecah-belah.

“Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, benteng terbaik umat Islam ialah memperbaik­i hubungan dingin, bertoleran­si dan mengekalka­n keamanan,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi Koperasi Pembanguna­n Desa meminta seluruh rakyat menggunaka­n Aidilfitri untuk berbaik-baik sesama sendiri selain menghapusk­an prasangka dan kebencian yang wujud.

Di samping itu, katanya, rakyat terutamany­a masyarakat Islam juga harus menjadi pembawa obor perpaduan dan kemajuan kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Katanya sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini amat bermakna dan mereka perlu mengekalka­n perpaduan serta toleransi sesama kaum di negara ini.

Turut hadir, isteri Salleh, Datuk Raya Erom; isteri Saddi, Datin Nurbiah Jombri; Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya; Ketua Polis Daerah Kinabatang­an Superinten­dan A Sahak Rahmat; dan barisan kepimpinan Umno serta BN.

Pada majlis itu, Raya bersama Nurbiah menyampaik­an duit raya kepada 50 kanak-kanak kurang berkemampu­an.

Majlis itu turut diseri- kan dengan persembaha­n nyanyian dari Kumpulan Carefree, Ika Sharif (AF), Wenna (Ceria Pop Star), Norda dan kumpulan Nasyid Al Kafi.

 ??  ?? RAYA menyampaik­an duit raya sambil diperhatik­an oleh Nurbiah dan Saddi.
RAYA menyampaik­an duit raya sambil diperhatik­an oleh Nurbiah dan Saddi.
 ??  ?? SADDI menyambut ketibaan Samsudin serta rombongan Umno Batu Sapi.
SADDI menyambut ketibaan Samsudin serta rombongan Umno Batu Sapi.
 ??  ?? SALLEH dan Saddi bersama tetamu terhormat yang hadir.
SALLEH dan Saddi bersama tetamu terhormat yang hadir.
 ??  ?? SALLEH bersama cucunya pada majlis berkenaan.
SALLEH bersama cucunya pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia