Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Perhutanan terus komited

Memajukan pusat peranginan Menara Kayangan

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Jabatan Perhutanan Sabah terus komited memajukan pusat peranginan Menara Kayangan dalam usaha penambahba­ikan prasarana sedia ada khusus kepada para pengunjung.

Terbaharu, sebuah lagi prasarana baru siap dibina di kawasan itu yang melibatkan kemudahan restoran dan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali. Restoran itu kini dibuka kepada pengunjung yang bertandang ke menara berkenaan.

Menurut Iman dengan adanya prasarana itu, sudah tentu ia akan dapat melengkapi kunjungan orang ramai dalam mengisi masa lapang mereka bersama keluarga.

“Ini merupakan salah satu penambahba­ikan yang diambil oleh Jabatan perhutanan Negeri Sabah dalam memberi kemudahan kepada pengunjung. Selain dapat bersantai di puncak Menara Kayangan, para pengunjung juga kini boleh menikmati apa juga menu yang tersedia di restoran ini.

“Dengan ketinggian kirakira 2,100 kaki dari paras laut, sememangny­a kita akan merasa tenang apabila menjejakka­n kaki di sini, di samping menikmati keindahan panorama flora dan fauna, ditambah pula dengan udara yang nyaman.

“Maka, tempat ini amat bersesuaia­n bagi mereka yang ingin menenangka­n jiwa serta lari daripada kesibukan bandar,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan mesyuarat Jawatankua­sa Tindakan Daerah dan ‘focus

group’ bersama ketua-ketua jabatan dan swasta yang diadakan di ruangan khas restoran berkenaan.

Menurut sumber daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, sehingga Jun tahun ini seramai 129,784 pengunjung telah direkodkan sejak Menara Kayangan itu dibuka pada tahun 2012, di mana purata tertinggi dicatatkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 101,341 orang.

Selain kawasan beriadah, Menara Kayangan yang terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat Bandar Lahad Datu, turut menyediaka­n kemudahan seperti rumah penginapan dan kawasan tapak perkhemaha­n bagi pengunjung yang ingin bermalam di situ.

Turut hadir, Pegawai Khas Parlimen Silam Datu Rashid Datu Mansur, Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu Juraimin Hj Jadil, Pegawai Perhutanan Lahad Datu Jurimin Ebin dan pemilik Restoran Menara Kayangan, Ong Kim.

 ??  ?? IMAN (kiri) menerima cenderahat­i daripada Jurimin (tengah) sambil diperhatik­an oleh Ong Kim (kanan).
IMAN (kiri) menerima cenderahat­i daripada Jurimin (tengah) sambil diperhatik­an oleh Ong Kim (kanan).
 ??  ?? SUASANA sekitar perasmian restoran.
SUASANA sekitar perasmian restoran.
 ??  ?? SUASANA keindahan flora dan fauna yang boleh dirasakan sendiri oleh para pengunjung apabila berada di restoran itu.
SUASANA keindahan flora dan fauna yang boleh dirasakan sendiri oleh para pengunjung apabila berada di restoran itu.
 ??  ?? PARA pengunjung menjamu selera sempena pembukaan restoran.
PARA pengunjung menjamu selera sempena pembukaan restoran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia