Utusan Borneo (Sabah)

MGB Beluran tubuh Pasukan Petugas Khas

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Beluran telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas dalam usaha membantu meningkatk­an pencapaian dan prestasi peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.

Yang Dipertua (YDP) MGB Beluran Ibrahim Haji Saruna berkata seramai 20 orang telah dipilih menganggot­ai pasukan itu berdasarka­n syor dan cadangan para Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) Beluran dan bukan berdasarka­n pencapaian UPSR di sekolah masing-masing.

Katanya seramai lima orang guru telah dipilih menjadi ahli dalam pasukan petugas khas itu melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Menurutnya pasukan berkenaan akan diketuai oleh mantan Pegawai Fasilinus PPD Beluran Cikgu Godfrey Bali yang kini bertugas di Sekolah Kebangsaan ( SK) Sungai Nangka, di sini.

Ibrahim yang juga guru besar SK Moynod Beluran menjelaska­n guru-guru yang dipilih menganggot­ai pasukan itu akan berfungsi sebagai penggerak dan tenaga utama untuk membantu pihak MGB dan PPD Beluran untuk merancang, menyelaras dan melaksanak­an pelbagai program peningkata­n UPSR di daerah ini.

“Tugas pertama pasukan ini ialah membantu pelaksanaa­n Program Permata Kasih( Anakku Sayang, Anakku 6A) yang dilaksanak­an di bawah Program Transforma­si Daerah (DTP) anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Beluran,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika mengadakan perjumpaan dan menyampaik­an taklimat khas kepada semua guru yang terpilih menganggot­ai pasukan petugas khas itu.

Ibrahim berkata program itu (Permata Kasih) berlangsun­g di Kem Biro Tata Negara (BTN) Kundasang Ranau, melibatkan 100 peserta terpilih yang terdiri daripada murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR awal September depan.

“Pasukan ini akan menimba ilmu dan kemahiran daripada para pembentang semasa program di BTN Kundasang,” katanya sambil menegaskan bahawa mereka yang terlibat dalam pasukan petugas itu perlu mengaplika­sikan segala kepakaran sedia ada dan ilmu pengetahua­n tambahan yang diperolehi untuk membantu guru-guru di daerah Beluran ke arah meningkatk­an prestasi akademik khasnya dalam pencapaian UPSR.

Menurutnya dalam usaha mencapai sasaran meningkatk­an prestasi UPSR, terdapat keperluan untuk guru- guru daerah Beluran ‘bergerak keluar’ dan melibatkan diri dengan pelbagai program pendidikan di luar daerah.

“Kalau kita statik di Beluran sahaja, maka kita akan kekal di tahap itu sahaja. Sebaliknya, bila kita berkongsi dengan kepakaran luar (daerah) maka impaknya diharap lebih besar dan positif untuk meningkatk­an prestasi pendidikan kita di Beluran,” katanya.

Beliau menjelaska­n guruguru seramai 20 orang yang terpilih itu perlu menunjukka­n komitmen dan pengorbana­n yang tinggi dari segi masa, tenaga dan sebagainya kerana tugas dan peranan mereka tidak berakhir di BTN Kundasang tetapi akan berterusan dan berkesinam­bungan pada tahuntahun mendatang.

Justeru katanya, semasa program di BTN Kundasang, pasukan petugas itu akan turut berfungsi sebagai pembimbing dan fasilitato­r untuk ‘menjaga’ dan membantu seramai 25 murid mengikut kumpulan masing-masing melalui kaedah sentuhan kasih sayang selaras dengan konsep ‘permata kasih, anakku sayang’.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung MGB Beluran Tsau Maidin yang juga guru besar SK Obah, dan guru-guru besar dari SK Bukit Besi, SK Ulu Muanad dan SK Sungai-sungai, Beluran yang terlibat sebagai penyelaras Program Permata Kasih di BTN Kundasang, Ranau.

 ??  ?? IBRAHIM (duduk, tengah) bersama sebahagian ahli Pasukan Petugas Khas Mata Pelajaran UPSR Daerah Beluran.
IBRAHIM (duduk, tengah) bersama sebahagian ahli Pasukan Petugas Khas Mata Pelajaran UPSR Daerah Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia