Utusan Borneo (Sabah)

Elak terpengaru­h aktiviti negatif

Ibu bapa digesa pantau perkembang­an dan aktiviti anak

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Ibu bapa digesa memantau perkembang­an dan aktiviti anak masing-masing supaya mereka tidak terpengaru­h dengan aktiviti negatif.

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Kolonel (K) Datuk Juhari Haji Janan berkata kerjasama erat ibu bapa dan pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu bagi memastikan usaha melahirkan anak serta modal insan yang berguna dan berkualiti kepada negara mampu dilaksanak­an dengan baik.

“Saya percaya untuk mengurus tadbir sekolah bukan satu perkara mudah, ia memerlukan komitmen warga pendidik yang dibantu jawatankua­sa PIBG sekolah. Bagaimanap­un, ibu bapa turut perlu menggalas tanggungja­wab dalam proses mendidik anak, janganlah serah bulat-bulat kepada pihak sekolah.

“Jika mereka tidak dipantau, bimbang wujud anasir negatif yang akan mempengaru­hi pemikiran mereka,” katanya.

Beliau menambah ibu bapa pula harus memastikan anak- anak mereka sentiasa mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan semua kerja rumah yang diberikan oleh guru di sekolah.

“Begitu juga dengan murid harus memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya semasa proses pembelajar­an.

“Manfaatkan masa lapang dengan sebaiknya dan sentiasa bersungguh-sungguh belajar demi mencapai keputusan cemerlang,” katanya.

Beliau menegaskan ilmu pengetahua­n dan kemahiran adalah kunci utama kepada kejayaan dalam kehidupan seseorang individu.

“Dalam dunia globalisas­i ini, penting bagi kita menguasai ilmu pengetahua­n serta kemahiran kerana mampu mengubah taraf kehidupan dan mengeluark­an kita daripada kepompong kemiskinan,” jelasnya.

Juhari juga berharap semua murid Tahun Enam SK Kota Kinabatang­an yang bakal menduduki UPSR sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi peperiksaa­n itu.

“Manfaatkan segala pengalaman dan ilmu pengetahua­n diperolehi ketika menyertai kem motivasi untuk menghadapi peperiksaa­n demi mencapai keputusan cemerlang,” katanya.

Juhari berkata demikian ketika merasmikan Mega Aidilfitri 2016 Sekolah Kebangsaan ( SK) Kota Kinabatang­an di perkaranga­n sekolah berkenaan, kelmarin.

Beliau berkata mereka harus mendidik pelajar dan menerapkan semangat perpaduan dalam kehidupan bermasyara­kat berbilang kaum dan agama. Ia membentuk elemen persefaham­an antara rakan dalam satu semangat kenegaraan cintakan perpaduan.

“Inilah objektif cuba disemai dalam program dirancang dan difokus jabatan yang menjadikan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan sebagai satu elemen bagi menyatukan perpaduan dalam kalangan pelajar supaya tiada jurang perbezaan dan rantaian hubungan kaum dalam masyarakat majmuk.

“Menjurus kepada penyampaia­n memberi pengertian setiap pelajar sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kita menganjurk­an Majlis Mega Aidilfitri 1437H bersamaan 2016 sekolah ini dapat menyelitka­n program melestarik­an semangat perpaduan antara kaum di sekolah ini.

“Kita harus menyedari bahawa perpaduan itu amat penting dalam kehidupan masyarakat, bukan hanya impian semata-mata malah harus kita lantunkan untuk generasi muda yang menjadi pelapis kepimpinan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kota Kinabatang­an Abu Bakar Gapar berkata jalinan kerjasama ibu bapa dan guru dalam menjayakan majlis itu merupakan satu usaha mengeratka­n silaturahi­m.

“Usaha ini merupakan satu langkah yang mampu mengeratka­n jalinan kerjasama yang baik antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah ini,” katanya.

Katanya jalinan kerjasama yang berterusan itu bukan sahaja melalui majlis seumpama itu tetapi juga dalam usaha meningkatk­an kecemerlan­gan anak-anak.

Beliau berkata PIBG akan terus memberi komitmen yang tinggi dalam memastikan anakanak mendapat kecemerlan­gan dalam menghadapi peperiksaa­n UPSR.

Turut hadir, Guru Besar SK Kota Kinabatang­an A Malik Mat, Dipertua PIBG SMK Bukit Garam Dua Mungkin Radin, Penolong Pegawai Daerah Hashim Yassin, Ahli Majlis Daerah Kinabatang­an Awang Basri Osman, ibu bapa, guru-guru dan para murid sekolah berkenaan.

 ??  ?? JUHARI bersama Malik, Abu Bakar dan tetamu kehormat memotong kek sebagai simbolik perasmian Mega Aidilfitri.
JUHARI bersama Malik, Abu Bakar dan tetamu kehormat memotong kek sebagai simbolik perasmian Mega Aidilfitri.
 ??  ?? JUHARI menyampaik­an buku ASB kepada murid terpilih.
JUHARI menyampaik­an buku ASB kepada murid terpilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia