Utusan Borneo (Sabah)

Guru perlu hormati ketua pentadbir

Bersemuka dengan ketua jika ada perkara perlu diselesaik­an

- Oleh DELLROY

NABAWAN: Setiap guru perlu ada sikap menghormat­i ketua pentadbir di sekolah masing-masing.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Sabah Mohd Zaini Yanin berkata menghormat­i ketua bererti setiap tindakan seseorang guru itu perlulah melalui ketua pentadbir di sekolah seperti guru besar di sekolah rendah dan pengetua di sekolah menengah.

Katanya dengan adanya sikap menghormat­i dapat melancarka­n pentadbira­n sekolah dan kebaikan guru itu sendiri di samping mengukuhka­n lagi hubungan yang baik antara guru-guru dan ketua pentadbir.

“Menghormat­i bererti membuat aduan dengan porses yang betul iaitu berhubung terus kepada ketua pentadbira­n secara bersemuka apabila ada perkara yang perlu diselesaik­an,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Nabawan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Nabawan di sini, Sabtu lalu.

Beliau berkata guruguru perlu mengelakka­n dariapda meluahkan perasaan ketidakpua­san hati melalui media sosial kerana ia boleh menimbulka­n salah faham yang berpanjang­an.

“Ikutlah saluran yang betul jika mengemukak­an sesuatu masalah yang perlu diselesaik­an. Kemukakan kepada guru besar atau pengetua sebelum mengemukak­an kepada Pegawai Pendidikan Daerah dan seterusnya kepada Jabatan Pendidikan,” katanya.

Zaini berkata terdapat aduan daripada guru- guru yang dikemukaka­n terus kepada Jabatan Pendidikan Negeri tanpa pengetahua­n atau melalui ketua pentadbir di sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Ia katanya, adalah proses yang tidak betul dan tidak boleh diambil oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri.

Dalam masa yang sama, beliau turut menekankan bahawa guru-guru tidak harus tersasar dalam tanggungja­wab dan etika sebagai seorang guru bagi mengelakka­n ketidakpua­san ibu bapa terhadap guru.

Katanya sejak akhir-akhir ini, banyak aduan daripada ibu bapa sama ada melalui surat atau media sosial yang menyatakan ketidakpua­san hati mereka terhadap guru dan pentadbira­n sekolah.

Beliau berkata perkara itu boleh diatasi dengan penglibata­n dan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Justeru katanya, penglibata­n ibu bapa dalam sekolah adalah amat penting melalui Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG).

Penglibata­n ibu bapa dengan sekolah kata Zaini, menunjukka­n Sabah berada di kedudukan nombor tiga terbaik.

Pada sambutan Hari Guru peringkat daerah itu, bekas Penyelia Pejabat Pendidikan Bahagian Keningau Jamileh Alip berasal Kampung Karanaan, Tambunan dan Tampoi @Raymund Paling dari Kampung Salinatan, Nabawan masing- masing dianugerah­kan sebagai Tokoh Guru.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Nabawan Saibeh Addul Sani, Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Masly Wahip, Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan Aziz Hj Banting, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tenom Matusin Balang, dan Pengetua SMK Nabawan Henry Anandan selaku pengerusi pelaksana.

 ??  ?? ZAINI (lima dari kanan) bersama Saibeh (dua dari kiri), Masly (tiga dari kanan), Aziz (dua dari kanan) dan Matusin (kiri) bergambar kenangan dengan Tokoh Guru Jamileh (empat dari kanan) dan Tampoi (tiga dari kiri).
ZAINI (lima dari kanan) bersama Saibeh (dua dari kiri), Masly (tiga dari kanan), Aziz (dua dari kanan) dan Matusin (kiri) bergambar kenangan dengan Tokoh Guru Jamileh (empat dari kanan) dan Tampoi (tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia