Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Hari Pahlawan 2016 penuh istiadat

-

PUTRAJAYA: Yang diPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke istiadat sambutan Hari Pahlawan 2016 yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1, di sini kelmarin.

Istiadat sambutan Hari Pahlawan dimulakan dengan perarakan masuk Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Panjipanji Rejimen dari Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja oleh Kawalan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lainlain pangkat.

Lagu ‘Negaraku’ dimainkan dengan diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurna­kan 41 Bateri Istiadat, Rejimen Artileri Diraja, diketuai Mejar Mohd Asri Che Wil.

Perbarisan Hari Pahlawan hari ini terdiri daripada 28 pegawai dan 785 anggota lainlain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia ( ATM), Polis Diraja Malaysia, Persatuan Veteran ATM dan Persatuan Veteran Polis Diraja Malaysia.

Perbarisan diketuai Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Lt Kol Mohd Radzi Othman.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein; Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Acara diteruskan dengan tiupan ‘Paluan Akhir’ yang lebih dikenali sebagai ‘Last Post’ dengan menurunkan Jalur Gemilang.

Hadirin kemudian disajikan dengan deklamasi sajak bertajuk ‘Pahlawanku’ oleh Kolonel Mohd Radzi Abdul Hamid.

Pantomin ‘Pertempura­n di Jalan Raya Timur-Barat, Grik, Perak” pada 15 Ogos 1977 yang menyentuh perasaan dipersemba­hkan.

Pantomin yang dijayakan oleh anggota dari Batalion Ke- 4 Rejimen Askar Melayu Diraja mengisahka­n keberanian Pegawai Warrant 1, Ielias Ibrahim, 60, bersama rakan-rakannya menentang komunis di Jalan Raya TimurBarat bagi mempertaha­nkan kedaulatan negara.

Beliau yang cedera di bahagian mata akibat terkena duri pokok berjaya membunuh tiga pengganas komunis.

Pada majlis itu, Ielias yang juga penerima Pingat Gagah Berani dan rakan seperjuang­an Lans Koperal Abdul Halim Hassan diberi penghormat­an untuk menghadap Tuanku Abdul Halim.

Acara kemudiannn­ya diteruskan dengan tiupan ‘ Paluan Fajar’ yang lebihdiken­ali ‘Rouse. Semasa tiupan ‘Paluan Fajar’, Jalur Gemilang dikibarkan sebagai tanda memberi semarak kepada rakan-rakan tentera dan polis yang masih hidup untuk terus berjuang mempertaha­nkan kedaulatan dan keamanan negara.

Laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali sebagai simbolik bukti taat setia anggota pasukan keselamata­n dan rakyat di bawah naungan baginda.

Tarikh 31 Julai ditetapkan sebagai Hari Pahlawan pada setiap tahun bagi mengenang jasa pewira tanah air yang terkorban untuk mempertaha­nkan kedaulatan negara.

Sejak 1968, acara ini dianjurkan secara bergilir antara ATM dan PDRM dan tahun ini ATM menjadi penganjur.

Sambutan tahun ini julung kali diadakan di Dataran Pahlawan Negara di Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, Putrajaya.

Di Alor Setar, Tunku Panglima Besar Kedah merangkap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shahberken­an hadir pada Istiadat perbarisan dan meletak kalungan bunga sempena Sambutan Hari Pahlawan 2016 Peringkat Negeri Kedah di Tugu Peringatan, Jalan Tunku Bendahara di sini, kelmarin.

Beliau yang tiba kira-kira 9 pagi menerima tabik hormat daripada kawalan kehormat Batalion ke-6 Rajemen Askar Melayu Diraja ( RAMD) Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Datin Seri Hizam Awang Ahmad serta barisan Exco kerajaan negeri.

Majlis turut diserikan dengan bacaan sajak oleh anggota Polis Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, ASP Azizi Ahmad.

Di Ipoh, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menghadiri Istiadat Sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri Perak di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnai­n Sultan Idris serta Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi.

Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormat Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta yang terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota.

Perbarisan Hari Pahlawan hari ini terdiri daripada 682 anggota merangkumi 22 pasukan dan jabatan.-

 ??  ?? YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara kelmarin.
YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia