Utusan Borneo (Sabah)

Walaupun terkena 6 das tembakan, Abdul Halim hanya fikirkan negara dan anak bangsa

-

PUTRAJAYA: “Walaupun terkena enam das tembakan, saya tidak berasa sakit kerana pada ketika itu saya hanya memikirkan negara dan anak bangsa,” kata Lans Koperal Abdul Halim Hassan yang terlibat dalam serang hendap komunis di Jalan Raya TimurBarat, Grik, Perak pada 15 Ogos 1977.

Menceritak­an detik-detik cemas menentang komunis, Abdul Halim yang ketika itu merupakan seorang Prebet berkata beliau bersama empat lagi rakan seperjuang­an ditugaskan melaksanak­an operasi di Pos 8 Jalan Raya Timur Barat, untuk mengambil bekalan makanan di Pos 5 yang berada kirakira 20 kilometer dari Kem Banding.

Dalam perjalanan ke Pos 5, beliau berkata kumpulan itu yang terdiri daripada beliau sendiri, Lans Koperal Ahmad Zaki Shamsudin, Prebet Ielias Ibrahim, Prebet Tajudin Yusof, Prebet Md Ali Hassan diserang hendap kumpulan komunis yang berada di bukit berhampira­n.

“Tiga tembakan terkena di bahagian perut dan tiga lagi terkena bahagian tangan... syukur peluru tidak terkena pada pusat nyawa dan saya terselamat daripada serang hendap itu.

“Sebak melihat persembaha­n pantomin sebentar tadi apabila mengenang dua rakan seperjuang­an (Md Ali dan Tajudin) kami terkorban apabila ditembak komunis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2016 di Dataran Pahlawan Negara, di sini kelmarin.

Pada majlis itu, Abdul Halim bersama Ielias dan Ismail Ali yang mewakili bapanya Md Ali menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sementara itu, Ielias berkata pantomin yang dijayakan anggota dari Batalion Ke4 Rejimen Askar Melayu Diraja bukan rekaan malah ia merupakan cerita benar beliau bersama rakan-rakan untuk mempertaha­nkan kedaulatan negara.

“Saya tidak dapat menahan daripada mengalirka­n air mata apabila peristiwa itu ‘diulang’ dan dipersemba­hkan hari ini. Walaupun serangan itu sudah lebih 30 tahun berlalu, ia masih segar dalam ingatan dan seolah ia berlaku semalam,” katanya.

Ielias yang cedera di bahagian mata akibat terkena duri pokok ketika serang hendap itu juga berjaya melepaskan tembakan dan membunuh tiga komunis yang cuba menyerang beliau.

Sehubungan itu, Ielias menyaranka­n semua rakyat Malaysia agar sentiasa sayang dan cintakan negara kerana keamanan dan kemakmuran negara yang dikecapi hari ini adalah perjuangan dan pengorbana­n pasukan keselamata­n terdahulu.

“Pasukan keselamata­n negara juga jangan lalai daripada perjuangan mereka. Mereka harus mempertaha­nkan negara daripada anasir yang boleh menggugat kedaulatan negara,” katanya yang merupakan satu- satunya anggota Askar Wataniah yang dianugerah­kan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dan Pingat Keberanian Handalan Perak ( PKH).Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia