Utusan Borneo (Sabah)

Sebanyak 2,400 kes kebakaran direkodkan sepanjang Op Musim Perayaan

- Bernama

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 2,400 kes kebakaran direkodkan di seluruh negara sepanjang musim perayaan bermula 30 Jun hingga 14 Julai lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim berkata jumlah itu menunjukka­n peningkata­n sebanyak 564 kes berbanding musim perayaan tahun lalu, sebanyak 1,836 kes dicatatkan.

Katanya, menerusi statistik berkenaan kes kebakaran belukar paling tinggi dilaporkan iaitu sebanyak 1,401 kes, lainlain kebakaran 738 kes dan kebakaran bangunan sebanyak 261 kes.

“Kes kebakaran bangunan termasuk rumah kediaman menunjukka­n peningkata­n sebanyak 47 kes dengan musim perayaan sebelum ini hanya 214 kes diterima,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Bomba Negeri, di sini, malam tadi.

Menurutnya pihaknya tidak menolak kemungkina­n faktor kecuaian dan litar pintas menyebabka­n berlakunya kebakaran.

Dalam pada itu Wan Mohd Noor berkata sepanjang tempoh sama, sebanyak 119 kes kemalangan jalan raya dicatatkan berbanding 212 kes yang diterima pada tahun lalu.

Katanya, ia menunjukka­n penurunan sebanyak 93 kes pada musim perayaan ini dan didapati kes kemalangan serius juga berkuranga­n menerusi panggilan yang diterima pihak Bomba.

“Daripada jumlah itu Selangor mencatatka­n kes kemalangan paling tinggi iaitu 25 kes diikuti Kedah 19 kes, Pahang 17 kes dan Johor, 13 kes,” katanya.

Wan Mohd Noor berkata hasil kerjasama semua agensi dan kesedaran pengguna, berjaya mengurangk­an kadar kes kemalangan terutamany­a melibat kes maut sepanjang musim perayaan lalu.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia