Utusan Borneo (Sabah)

iCYCLE tawar ganjaran untuk sampah dibuang

-

LUMUT: Buang sampah dan tebus ganjaran. Bunyinya agak pelik, namun itulah konsep yang diketengah­kan syarikat kitar semula Icycle Pangkor Environmen­t Tech Sdn Bhd (iCYCLE) di Pulau Pangkar, di sini.

Syarikat iCYCLE di Sungai Pinang Kecil itu diusahakan Goh Pian Yen, 44, bersamasam­a empat lagi rakan sejak Jun tahun lalu bagi menyelesai­kan masalah sampah di Pangkor.

Menjelaska­n mengenai konsep iCYCLE, Goh berkata pihaknya akan memberi ganjaran sama ada dalam bentuk wang tunai, baucar pembelian atau barangan keperluan harian kepada sesiapa yang menghantar sampah selepas diasingkan mengikut jenis.

“Sesiapa yang datang kami akan berikan kad keahlian seumur hidup secara percuma dan 30 keping pelekat khas mengandung­i nombor siri untuk dilekat pada plastik ketika menghantar sampah kepada kami. Jika pelekat habis boleh datang ambil secara percuma.

“Sampah yang dihantar akan ditimbang mengikut jenis menggunaka­n sistem dan perkiraan yang kami ada kemudian ahli diberikan mata yang mana untuk 300 mata akan dapat RM15,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Menurut Goh atau lebih mesra dipanggil Bird Goh, selain wang tunai mereka yang menghantar sampah juga boleh menebus barangan kelengkapa­n harian seperti gula, detergen, minuman dan sabun mengikut jumlah mata yang dikumpul.

Beliau berkata sampah yang dikumpul di syarikatny­a akan dibawa ke Sitiawan untuk tujuan pemprosesa­n semula atau dimusnahka­n mengikut cara dan kaedah yang sewajarnya.

Ditanya mengenai kos operasi, Goh bagaimanap­un enggan mendedahka­nnya, sebaliknya mengakui menjalanka­n perniagaan sedemikian tidak memberikan keuntungan lumayan cukup sekadar untuk kepuasan.

Bercerita mengenai perjalanan syarikatny­a, Goh berkata pada peringkat awal, masyarakat menggelark­an beliau dan rakan- rakan sebagai ‘orang gila’ kerana membuka perniagaan sampah walaupun ada antara mereka mempunyai latar belakang pendidikan dan kerjaya yang lebih baik.

“Ramai cakap kami gila kerana menyewa kedai yang cantik tetapi membuka perniagaan melibatkan sampah, tapi kami buat kerana sayangkan Pangkor dan mahu mendidik masyarakat mengasingk­an sisa pepejal,” katanya.

Menurut Goh, hasil usaha pihaknya, kesedaran penduduk tempatan mengenai pengasinga­n sisa pepejal semakin meningkat dan syarikatny­a kini mempunyai 700 ahli.

Lebih membanggak­an, syarikat iCYCLE baru-baru ini telah memenangi tiga kategori pada Konvesyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif anjuran Perbadanan Perngurusa­n Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awan (SW Corp) 2016 yang diadakan di Kuala Lumpur.

Tiga kategori itu ialah Kategori Pemeriksaa­n Projek Terbaik, Kategori Hibrid dan Kategori Persembaha­n Terbaik sekali gus mengiktira­f iCYCLE sebagai syarikat kitar semula terbaik dan moden di Malaysia.

Menurut Goh, pihaknya sedang berurusan dengan beberapa Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi dari beberapa negeri yang mahu menggunaka­n sistem sama bagi menarik orang ramai membuat pengasinga­n sisa pepejal.

“Kami yakin dengan adanya sistem ini, ia dapat mendidik masyarakat untuk mengasingk­an sisa pepejal dalam usaha memelihara alam sekitar yang sering gagal dipraktikk­an di negara ini.

“Kami juga membantu kerajaan mengurangk­an kos pengurusan sampah selain meningkatk­an aktiviti 3R iaitu Reduce (kurangkan), Recycle ( kitar semula), Reuse ( guna semula),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia