Utusan Borneo (Sabah)

Tabung Haji optimis langkah keselamata­n diambil Arab Saudi

-

MADINAH: Lembaga Tabung Haji (TH) berpuas hati dan yakin dengan langkah keselamata­n yang telah diambil kerajaan Arab Saudi bagi membendung insiden yang tidak diingini sepanjang musim haji tahun ini.

Naib Konsul Haji Malaysia Mohd Zawawi Bostam berkata ia berikutan beberapa langkah mengetatka­n kawalan keselamata­n yang dilakukan di tempat strategik termasuk di hotel penginapan.

“Saya berasa yakin dengan langkah-langkah keselamata­n yang telah diambil itu dan kita dapat lihat mereka telah menempatka­n anggota polis di sekitar masjid dan juga tempat strategik.

“Pihak hotel juga telah memaklumka­n mereka telah menyediaka­n alat pengimbas keselamata­n di pintu masuk bagi tujuan yang sama,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat HalEhwal Jemaah Haji Malaysia di sini, kelmarin.

Pada 4 Julai lalu, empat dilaporkan maut manakala lima lagi cedera dalam insiden letupan di perkaranga­n Masjid Nabawi di sini.

Bagaimanap­un tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam letupan berkenaan.

Kementeria­n Dalam Negeri Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata serangan itu berlaku ketika orang ramai sedang menunggu waktu berbuka puasa.

Mohd Zawawi yang juga Pengarah Operasi Madinah berkata pihak hotel juga telah menyediaka­n beberapa langkah keselamata­n lain dan sebarang perkembang­an, TH akan memaklumka­nnya kepada jemaah haji nanti.

“Soal keselamata­n adalah perkara kritikal di Arab Saudi dan kami ingin menasihati para jemaah agar jangan mencampuri soal keselamata­n ini dan juga tidak membawa unsur-unsur berpolitik,” katanya.

Sementara itu, TH juga kini sudah bersiap sedia menerima kedatangan seramai 22,320 jemaah haji Malaysia musim ini dengan membuat beberapa penambahba­ikan untuk keselesaan jemaah.

“Antara penambahba­ikan itu adalah menggunaka­n bas yang lebih selesa dan langkah membawa bagasi para jemaah dengan lebih sistematik,” katanya.

Beliau berkata selain itu petugas TH juga telah bersiap sedia untuk memberikan khidmat sokongan kepada jemaah iaitu khidmat kesihatan, pengeluara­n wang, kaunseling dan khidmat pelanggan.

“Kini seramai 70 peratus petugas TH di Madinah telah sampai dan sebahagian besar menggunaka­n khidmat petugas yang berpengala­man,” katanya.

Mohd Zawawi turut menasihati jemaah agar mengambil langkah sewajarnya bagi menangani keadaan cuaca panas yang dijangka melebihi 40 darjah Celcius bagi mengelak berlakunya masalah kesihatan. Beliau juga turut menasihati agar para jemaah menumpukan sepenuhnya dalam soal menunaikan haji dan tidak terbabit dalam perkara yang boleh melanggar undang-undang Arab Saudi.

Pada musim haji ini seramai 11,796 jemaah akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Madinah manakala bakinya di Lapangan Terbang Antarabang­sa King AbdulAziz di Jeddah.

Ia membabitka­n sebanyak 47 penerbanga­n iaitu 25 penerbanga­n ke Madinah dan bakinya ke Jeddah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia