Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin masyarakat disaran kesan penduduk layak terima bantuan

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis menggesa pemimpin masyarakat di daerah ini supaya membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesan penghuni jagaan mereka di rumah panjang mahupun kampung yang layak mendapat bantuan kerajaan.

Beliau menjelaska­n, perlu untuk setiap rumah panjang mahupun kampung mempunyai data tersendiri penduduk di bawah jagaan mereka memerlukan bantuan kebajikan atau agensi agensi kerajaan lain.

“Data disimpan pemimpin masyarakat seperti tuai rumah dan kampung itu maka adalah mudah untuk agensi berkaitan untuk menyalurka­n segala bantuan kepada penduduk rumah panjang mahupun kampung yang memerlukan,” katanya.

Harden juga Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perladanga­n berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an bantuann bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman kepada Ara Mumin yang berjaya mendapat bantuan bulanan dari JKM Sri Aman sebanyak RM 300 sebulan bermula bukan Julai lalu di Rumah Empol, Sungai Tengak dekat sini, pada Sabtu.

Ara menerima bantuan selama dua bulan iaitu bulan Jun dan Julai sebanyak RM 600 manakala seorang lagi penerima bantuan JKM iaitu Lun Sayup turut menerima bantuan sebanyak RM 250 sebulan bermula bulan Jun dan turut menerima bantuan sebuah kerusi roda.

Dalam pada itu, beliau turut menyaranka­n manamana rumah panjang atau kampung tidak mempunyai sebarang data berhubung penduduk dikawasan masing masing agar menwujudka­n pangkalan data berkenaan untuk tujuan rujukan pada masa hadapan.

“Setiap maklumat terdapat dalam sistem pangkalan data tersebut bukan untuk kegunaan JKM sahaja malah Pejabat Daerah, Pejabat Residen, Kemas dan wakil rakyat kawasan amat memerlukan maklumat berkenaan.

“Jangan sesekali menganggap data data tersebut tidak penting malah dengan adanya maklumat data tersebut ia akan memudahkan serta menyenangk­an manamana agensi kerajaan yang ingin membuat rujukan,” tegasnya.

Justeruitu, beliaumahu­tuai rumah dan ketua kampung haruslah memainkan peranan yang amat penting dalam menwujudka­n sistem pangkalan data di rumah panjang dan kampung masing-masing selepas ini.

Hadir sama pada majlis penyerahan bantuan berkenaan, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Mariam Ensabi, Timbalan Wali Kota Majlis Daerah Sri Aman, Kaunselor Andar Suntaiu, Kaunselor Daniel Sawing serta ahli ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang yang lain.

 ??  ?? HARDEN (dua kiri) sedang menyampaik­an bantuan JKM kepada Ara (tengah) sambil diperhatik­an oleh Mariam (lima kanan), Andar (empat kanan), Empol (tiga kanan), Daniel (kiri) serta yang lain.
HARDEN (dua kiri) sedang menyampaik­an bantuan JKM kepada Ara (tengah) sambil diperhatik­an oleh Mariam (lima kanan), Andar (empat kanan), Empol (tiga kanan), Daniel (kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia