Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kecekapan laksana program masyarakat

Usaha dilakukan kerajaan tidak akan mencapai hasil jika rakyat tidak bersatu padu dan bekerjasam­a

-

SRI AMAN: Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Rukun Tetangga ( RT) dan pemimpin masyarakat seperti tuai rumah serta ketua kampung disaran meningkat kecekapan serta produktivi­ti menjalanka­n program kemasyarak­atan peringkat komuniti di samping meningkat daya saing termasuk menambah nilai usaha ke arah memupuk perpaduan nasional.

Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh berkata, semua usaha dilakukan kerajaan tidak akan mencapai hasil jika rakyat tidak bersatu padu dan bekerjasam­a.

“Kita perlu berbangga dengan keunikan negeri kita ini yang mempunyai rakyat dan masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama.

“Di negeri Sarawak, kita meraikan kepelbagai­an perayaan wujud kerana ia merupakan kekuatan kita bersama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA) Sarawak Bahagian Sri Aman dan SABERKAS Dewan Undangan Negeri ( DUN) Lingga bertempat di Dewan Serbaguna, Kampung Hilir di sini, pada malam Jumaat.

Katanya, perayaan wujud di Malaysia dapat memberi peluang kepada pelancong datang dari luar negara dan mereka sendiri ingin melihat bagaimana pucuk pimpinan termasuk masyarakat kita mampu berkongsi kegembiraa­n dan kemeriahan melaksanak­an perayaan dalam suasana aman, damai dan harmoni.

“Kita dapat hidup dengan aman dan makmur kerana kita sentiasa mengamal permuafaka­tan dan perkongsia­n kuasa kalangan rakyat berbilang bangsa.

“Permuafaka­tan ini perlu dipertingk­at dari semasa ke semasa dan diterap di segenap lapisan masyarakat terutama pemimpin dan ketua masyarakat.

“Jangan kita menganggap perpaduan ini sebagai suatu perkara kecil dan jangan pula kita berfikiran bahawa ia akan berkekalan meskipun kita tidak memperjuan­gnya.

“Ingatlah, perpaduan kita capai hari ini hasil perjuangan dan pengorbana­n generasi sebelum ini,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai JASA Parlimen Batang Lupar Zaidel Ripin, Pegawai Penyelaras Parlimen Batang Lupar, DUN Lingga Zuraida Julai, Pemanca Mas Shamsiah Maslem, Penghulu Abang Mohd Salleh Abang Mohd Kawi, ketua jabatan kerajaan serta ketua masyarakat setempat lain.

Kita dapat hidup dengan aman dan makmur kerana kita sentiasa mengamal permuafaka­tan dan perkongsia­n kuasa kalangan rakyat berbilang bangsa. ISMAWIE SALLEH Pegawai Daerah Sri Aman

 ??  ?? ISMAWIE (lima kanan) sedang menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang pertanding­an sambil diperhatik­an oleh Zaidel (empat kanan), Mas Shamsiah (tiga kanan) serta yang lain.
ISMAWIE (lima kanan) sedang menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang pertanding­an sambil diperhatik­an oleh Zaidel (empat kanan), Mas Shamsiah (tiga kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia