Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan bekerjasam­a dengan Fama bantu petani luar bandar

-

BETONG: Kerajaan negeri akan bekerjasam­a dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n ( Fama) membentuk jentera lebih berkesan dalam usaha membantu petani luar bandar memasarkan hasil tani masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata beliau telah mengarahka­n pegawai berbincang dengan Fama bagi mencari penyelesai­an terbaik mengatasi masalah itu.

“Masalah kita hadapi sekarang ialah wujud lebihan pengeluara­n beberapa jenis sayur- sayuran dan buahbuahan pada kemuncak musim dan apabila berlaku lebihan pengeluara­n, permintaan amat sedikit, harga jatuh dan tidak ada yang mahu membeli daripada para petani,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah- tamah Aidilfitri kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Saban di gelanggang futsal Spaoh, Betong pada Sabtu.

Ironinya, padam asa sama permintaan terhadap produk-produk ini amat tinggi dan di beberapa bandar utama di Sarawak, beliau mendapati usaha lebih serius wajar diambil bagi menyediaka­n saluran betul untuk menyelesai­kan masalah.

“Kita ada rancangan. Saya telah mengarahka­n Jabatan Pertanian Sarawak dan Fama berbincang untuk bagaimana mewujudkan jentera seluruh negeri bagi membeli hasil tani dari luar bandar dan menjualnya di bandar atau di mana-mana tempat wujud permintaan.

“Sebagai contoh di Sri Aman kira-kira 500 ekar ditanam dengan rambutan gred tinggi, tetapi malangnya pada musim buah, rambutan menjadi buruk di pokoknya kerana tidak dapat menjualnya.

Ini amat menyedihka­n apabila wujud permintaan terhadap buah itu tinggi di tempat lain. Wujud kepincanga­n antara bekalan dan pasaran di situ,” jelas Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar.

Menurutnya beliau memohon Jabatan Pertanian Sarawak dan Fama merangka mekanisme bagaimana hendak membeli produk petani luar bandar dan membantu memasarkan nya di bandar yang wujudnya permintaan tinggi.

Uggah berkata lagi beliau telah meminta Fama menjalanka­n penyelidik­an tentang bagaimana Pasar Tani boleh diwujudkan di seluruh negeri untuk menyediaka­n lokasi pemasaran produk pertanian luar bandar.

Terdahulu beliau berkata RM40 juta telah disediakan di Sarawak bagi mengurangk­an beban ekoran kejatuhan harga getah.

Kementeria­n itu mempunyai rekod pekebun kecil seramai 80,000 orang seluruh Sarawak dengan setiap keluarga mendapat bantuan RM500.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia