Utusan Borneo (Sabah)

Generasi muda perlu tingkat penguasaan bahasa Inggeris

-

KUCHING: Generasi muda khasnya di Sarawak perlu meningkat penguasaan bahasa Inggeris menghadapi tuntutan global sarat persaingan kompetitif.

Menteri Muda Urbanisasi Datuk Talib Zulpilip berkata, kepentinga­n bahasa Inggeris sememangny­a tidak dapat dinafi kerana ia merupakan bahasa perantaraa­n diguna seluruh dunia.

“Kita mesti belajar untuk fasih dalam dwibahasa. Bijak dalam bahasa kedua tidak salah untuk mendapatka­n lebih banyak ilmu dan pengetahua­n,” katanya ketika berucap menutup Program Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M) di sebuah pusat beli belah di sini, pada Sabtu.

Pengurus Pusat BI1M Kuching Andrea Kobor berkata, kemudahan itu memberi peluang kepada seramai 500 pelajar dari pelbagai latar belakang meningkatk­an kemahiran dalam Bahasa Inggeris secara percuma sejak program dilancarka­n pada April.

Daripada jumlah itu katanya, seramai 326 tamat pengajian semalam selepas mengikuti program itu selama empat bulan.

“Pada akhir projek ini, kami mempunyai 47 kanak-kanak, 47 belia dan 404 dewasa mendaftar bagi mengikuti kelas ini.

“Pelajar kita datang dari latar belakang berbeza kerana ia terdiri daripada jururawat, kakitangan hotel, anggota tentera, kakitangan Tabung Haji, usahawan perniagaan, guru dan pegawai kerajaan lain,” katanya.

Pusat BI1M Kuching katanya, mencuba terbaik memberi semua peluang belajar mengikut tahap bahasa Inggeris masing-masing dan keperluan pelbagai.

Dalam program berlangsun­g awal April hingga 29 Julai, pusat itu menjalanka­n 18 kelas iaitu tujuh kelas asas dan 11 kelas komunikasi bagi komunikasi kerja, perbualan, menulis emel dan pembentang­an dalam Bahasa Inggeris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia