Utusan Borneo (Sabah)

Hagino akan pastikan Phelps bersara sepenuhnya

-

TOKYO, Jepun: Jangan tertipu dengan sikap pendiam dan ketawa sinis Kosuke Hagino – perenang sensasi Jepun yang mahu merancang memastikan idola zaman kanak- kanak beliau, Michael Phelps, bersara sepenuhnya di Sukan Olimpik Rio.

Perenang berusia 21 tahun, yang memintas Phelps untuk memenangi pingat gangsa dalam acara 400 meter rampaian individu, di belakang pemenang pingat emas Ryan Lochte di Sukan Olimpik London empat tahun yang lalu, memburu dua pingat emas di Brazil.

“Saya bernasib baik untuk memenangi satu pingat di London,” kata Hagino. “Tetapi kali ini, tiada lagi tuah.”

Sepuluh tahun lebih muda berbanding Phelps dan Lochte, Hagino memburu acara 200 dan 400 meter rampaian individu.

Phelps melengkapk­an kemenangan hatrik dalam acara 200 meter rampaian di London 2012, mem- pertahanka­n kejuaraan dimenangin­ya di Sukan Olimpik Athens dan Beijing.

Tetapi Hagino, harapan emas Jepun, mencatatka­n masa terpantas dalam acara yang sama tahun ini dengan Phelps tidak akan bertanding dalam acara 400 meter.

“Ia sangat berbeza berbanding empat tahun yang lalu,” kata Hagino. “Sasarannya ialah untuk memenangi emas dalam acara 200 dan 400 meter rampaian, tiada persoalan lagi.’

Hagino, yang akan keluar dari bayang-bayang rakan senegarany­a, Kosuke Kitajima selepas bekas juara Olimpik itu gagal layak ke Rio, juga memburu emas dalam acara 200 meter gaya bebas dan 4x200 meter bebas.

Kemenangan dalam acara 200 meter bebas dengan menewaskan perenang sensasi dari China, Sun Yang, adalah salah satu kemuncak di Sukan Asia 2014 di mana beliau memenangi empat pingat emas, tetapi rentak kejuaraan beliau terhenti apabila mengalami kecederaan patah tulang siku selepas terjatuh dari basikal.

Beliau tidak beraksi di kejohanan dunia tahun lepas kerana kecederaan itu tetapi menegaskan tiada sebarang alasan jika beliau gagal menyerlah di Rio.

Beliau juga mengakui tiada sebarang emosi walaupun mengagumi Phelps – atlet paling berjaya dalam sejarah Olimpik apabila memenangi 22 pingat dari tiga edisi Olimpik dengan 18 pingat adalah emas.

“Ia satu penghormat­an besar bertanding dengan beliau,” kata Hagino, yang turut memenangi dua pingat perak dari kejohanan dunia 2013.

“Saya menonton di kaca TV apabila beliau memenangi lapan pingat emas di Beijing. Walaupun jika saya menewaskan beliau, saya tidak akan dapat menjadi seperti Phelps.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia