Utusan Borneo (Sabah)

Lampard ledak hatrik pertama MLS

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Frank Lampard menjaringk­an hatrik pertama dalam sejarah Liga Bola Sepak Utama (MLS) untuk memastikan kelabnya, New York City FC (NYCFC) mencipta kemenangan terbesar dengan menewaskan Colorado Rapids 5-1 Sabtu lepas.

Bukan sahaja hatrik itu dijaringka­n menentang pasukan dengan benteng pertahanan terkuat liga tetapi Lampard kini sudah menjaringk­an lapan gol sejak 18 Jun, jumlah paling banyak dari mana- mana pemain dalam MLS.

“Saya benar-benar gembira, saya tidak menyedarin­ya (hatrik pertama) dalam MLS,” kata Lampard. “saya tahu ia satu sejarah yang ringkas tetapi ia satu pencapaian yang hebat untuk saya sebagai individu.

“Saya bermain dengan baik dan merasakan saya boleh menjaringk­an gol tetapi untuk pasukan, kemenangan lebih penting dan dua kali berturut-turut kami tewas satu perlawanan tetapi bangkit bergaya mencipta kemenangan selepas itu.”

Tony Taylor dan Steven Mendoza adalah penjaring gol lain untuk meletakkan NYCFC, yang memulakan separuh kedua musim dengan bergaya apabila menamatkan 15 perlawanan tanpa kalah Rapids.

Shkelzen Gaashi menjaringk­an gol saguhati Rapids pada minit kecederaan.

Permainan terhenti selama 40 minit pada pertengaha­n separuh masa pertama kerana ribut petir di kawasan sekitar Stadium Yankee di New York.

Rapids memulakan perlawanan dengan hanya bolos 14 gol setakat musim ini, jumlah paling sedikit dalam liga.

Mereka juga tidak pernah ketinggala­n lebih dari satu gol dan kekalahan terakhir mereka ialah pada 9 April lalu, kepada Real Salt Lake.

Lampard, yang merupakan penjaring terbanyak sejak 13 tahun di Chelsea, membuka jaringan pada minit ke-28 sebelum Taylor menambah jaringan untuk gol pertamanya di Stadium Yankee. -AFP

 ??  ?? LAMPARD
LAMPARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia