Utusan Borneo (Sabah)

25 emas termampu Pencapaian ketiga terbaik dalam sejarah penyertaan Sabah di Sukma

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Kontinjen Sabah hanya berjaya membawa pulang 25 emas, 37 perak dan 38 gangsa dari Sukma XVII Sarawak 2016 yang melabuhkan tirainya di Stadium Sarawak, Petra Jaya, Kuching semalam.

Gagal mencapai sasaran 41 pingat emas, pencapaian itu bagaimanap­un adalah yang ketiga terbaik dalam sejarah penyertaan Sabah di temasya yang menjangkau usia tiga dekad itu.

Pencapaian terbaik Sabah ialah ketika menjadi tuan rumah dalam tahun 2002 di mana pasukan negeri memenangi 28 emas, 38 perak dan 46 gangsa untuk

menduduki tempat kelima.

Pencapaian kedua terbaik kontinjen negeri ini ialah semasa menyertai Sukma Kedah 2006 dengan memenangi 26 emas, 26 perak dan 27 gangsa untuk menduduki tempat ketujuh.

Ini bermakna, pencapaian tahun ini adalah yang kedua terbaik dalam sejarah penyertaan di luar negeri yang mana menyaksika­n Sabah menduduki tempat ketujuh, dua anak tangga lebih baik berbanding ketika menyertai Sukma Perlis 2014 di mana Sabah memenangi 21 emas, 31 perak dan 44 gangsa untuk berada pada kedudukan kesembilan.

Laporan setakat masa akhbar 7.00 petang pada Sabtu menyaksika­n Sabah memenangi 23 emas, termasuk pingat emas paling bersejarah apabila pasukan tenis melakukan kejutan dengan menjuarai acara beregu campuran menerusi Christian Dedier Chin Zao Quan yang berpasanga­n dengan Nursharnee­m Imann Shamsuddin yang menewaskan gandingan Selangor; SriAakashR­eddiyar Balakrishn­an/Suhana Sofia Mohd Adam Das menerusi keputusan 6- 3, ( 7) 7- 6( 5) dalam perlawanan akhir.

Tetapi tumpuan tetapi diberikan ke atas atlet sepak takraw wanita Sabah yang menutup tirai aksi kontinjen negeri ini dengan pencapai paling manis menyampu bersih baki dua pingat emas yang dipertandi­ngan dalam sukan itu.

Bersaing di Stadium Bandaraya Miri, Regu Bertiga Sabah gandingan Emilia Eva Natasha Saudia, Malindah Sharifuddi­n dan Ellzah Blanda @ Bahari menewaskan regu Perak menerusi keputusan 2118, 17-21 dan 21-19 untuk agregat 2-1.

Manakala Regu Double gandingan Kamisah Khamis, Madziatul Rosmahani Saidin dan Siti Hadinavill­a Jumidil menewaskan regu Wilayah Persekutua­n juga menerusi agregat 2-1 hasil keputusan 22-20, 12-21 dan 21-12.

Kejayaan regu bertiga dan double itu juga memastikan Sabah mempertaha­nkan ketiga-tiga pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Perlis termasuk emas dalam acara berpasukan wanita.

Atlet Selangor kembali bermaharaj­alela dengan membawa pulang 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa untuk muncul selaku juara keseluruha­n diikuti tuan rumah yang hanya mampu tersenyum pada kedudukan kedua dengan 57 emas, 43 perak dan 59 gangsa, sekalipun pasukan tuan rumah itu berazam untuk merangkul gelaran juara keseluruha­n.

Naib johan Sukma 2014; Terengganu berada pada kedudukan ketiga dengan 47 emas, 42 perak dan 44 gangsa manakala juara bertahan Wilayah Persekutua­n menduduki tempat keempat dengan 40 emas, 44 perak dan 40 gangsa.

Pahang berada pada kedudukan kelima dengan 30 emas, 25 perak dan 22 gangsa diikuti Pulau Pinang pada kedudukan keenam dengan 26 emas, 12 perak dan 29 gangsa diikuti Sabah.

 ??  ?? PRESIDEN Persatuan Sepaktakra­w Sabah (ASTAKA) Datuk Awang Sham Haji Amit (sembilan kanan) menyambut ketibaan pasukan sepak takraw wanita Sabah di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu kelmarin.
PRESIDEN Persatuan Sepaktakra­w Sabah (ASTAKA) Datuk Awang Sham Haji Amit (sembilan kanan) menyambut ketibaan pasukan sepak takraw wanita Sabah di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu kelmarin.
 ??  ??
 ??  ?? NURSHARNEE­M (kiri) dan Christian merai kejayaan di atas podium selepas menjuarai acara beregu campuran tenis.
NURSHARNEE­M (kiri) dan Christian merai kejayaan di atas podium selepas menjuarai acara beregu campuran tenis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia