Utusan Borneo (Sabah)

Djokovic ternyata bukan tandingan Monfils

-

TORONTO, Kanada: Novak Djokovic mengekalka­n rekod tanpa kalah beliau ketika menentang jaguh Perancis, Gael Monfils dengan kemenangan 6-3 dan 6-2 pada perlawanan separuh akhir Piala Rogers di sini Sabtu lepas.

Dengan kemenangan itu, jaguh dari Serbia ini akan menentang pemain dari Jepun, Kei Nishikori, yang mengejutka­n pilihan kedua kejohanan dari Switzerlan­d, Stanislas Wawrinka. Djokovic, yang juga pemain nombor satu dunia, memiliki rekod pertemuan 12- 0 menentang Monfils dan mempunyai peluang menjadi pemain pertama yang muncul juara sebanyak empat kali di sini. Nishikori bangkit dari ketinggala­n 2- 5 pada set pertama sebelum mengejutka­nWawrinka 7-6(8/6) dan 6- 1 pada satu lagi perlawanan separuh akhir. Monfils memulakan perlawanan separuh akhir dengan memenangi sembilan per- lawanan berturut- turut, termasuk muncul juara di Washington minggu lepas.

Djokovic menangani permainan servis hambar pada awal set pertama sebelum mengawal sepenuh permainan dalam masa 74 minit.

“Rentak permainan cemerlang saya tiba pada masa yang tepat,” kata Djokovic. “Anda tidak tahu apa yang akan anda terima dari seorang pemain yang berada di kemuncak prestasi sejak beberapa minggu.

“Beliau muncul juara di Washington minggu lepas dan juga menang selesa dalam beberapa perlawanan di sini. Saya terpaksa memberikan tumpuan dari awal dan saya juga berasa gembira dengan permainan saya.”

Djokovic mempunyai rekod 9- 2 menentang Nishikori dan sudah menang lapan pertemuan terakhir termasuk final kejohanan di Miami pada awal tahun ini.

“Menentang Kei bukannya mudah,” kata Djokovic. “Beliau sentiasa bersaing berada dalam senarai lima atau 10 pemain teratas dunia. Beliau juga pemain paling pantas dalam jelajah dan saya pasti final nanti menarik.”

Nishikori memburu kejuaraan Siri Master yang pertama beliau selepas melangkah ke final ketiga dalam kerjayanya.

“Saya tahu saya perlu meningkatk­an permainan saya dalam set kedua,” kata Nishikori selepas menewaskan Wawrinka buat kali kedua dari lima pertemuan.

“Selepas itu, saya cuba bermain lebih agresif dan memberikan tumpuan sepenuhnya kerana beliau sedikit tertekan selepas tewas set pertama. Saya tahu jika saya memberi ruang, beliau akan bangkit.”

Wawrinka, yang jelas kecewa selepas gagal memenangi set pertama, tewas 11 dari 13 permainan terakhir. — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? NISHIKORI gembira ketika meraikan kemenangan­nya di Aviva Centre, Kanada pada Sabtu lepas.
NISHIKORI gembira ketika meraikan kemenangan­nya di Aviva Centre, Kanada pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia